• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Ramadhan Dalam Taman

10/05/2019

Maaf tak ada cerita nak ditulis.

Cuma teringat waktu berpuasa 19 jam lebih di negara orang dahulu.  Hari pertama tu rasanya macam nak surrender dah.  Tidur bangun tidur bangun beberapa kali pun masih belum sampai waktu berbuka.

Nak pengsan oihh.

Dah ler sahur jam 2.30 pagi, buka puasa dah sikit lagi dekat jam 10 malam.  Dok doa jer agar matahari hilang cepat-cepat.  Gila apa jam 9.30 malam masih terang benderang lagi.  Sudahlah tiada Bazaar Ramadhan, tiada azan berkumandang, asing sungguh rasanya.

Baru jer kenyang, lepas tarawih orang makan moreh kita dah bantai sahur.  Ada 4 jam lebih jer untuk bercanda dan bermesra dengan makanan yang ada.  Ujian sungguh.

Dah lepas seminggu semuanya dah rasa biasa dah.  Takde Bazaar Ramadhan pun takde hal, semua kuih buat sendiri.  Tarawih jam 11.30 malam pun boleh layan.

Yang tak boleh tahan bila keluar rumah sahaja.

Musim panas baqhang, orang Jerman tu bukan main singkat dan nipis baju-bajunya.  Sementelah dari rumah nak ke bandar tu jalan kaki lalu taman.  Kemain diorang tergolek-golek berjemur tanpa baju macam dugong.

Ish ish ish.

Berjalan menunduk merenung bumi jer lah.

Sekian.

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved