• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Jangkitan

03/04/2019

“Daddy, let’s go home please, please”

“Yer kita nak balik dah ni, tapi doktor nak check dulu.”

“Why they have to put needle in my arm.  Please I don’t want. Sakit daddy”

“Semua orang nak bagi abang cepat baik, kena masukkan jarum, nak ambil darah, nak masukkan ubat, nak masukkan air.”

“But, they can always put it in my mouth.  I don’t want daddy, let’s go home.”

Menangislah dia bila terpaksa 3 kali dicucuk jarum.  Daddy pun naik sedih jugak tengok anak menangis merayu berlinangan air mata.  Tapi begitulah, benda kena buat maka kenalah buat.

Selepas 3 kali sessi “neb” dia masih bernafas dengan laju.  Berombak-ombak dada.  Menggeleng kepala doktor ketika membilang dengupan jantung.

“Kita nak kena check darah dan lepas tu kena x-ray, takut ada jangkitan.”

Maka kenalah ambil darah, kena buat x-ray yang hasilnya memang menunjukkan adanya jangkitan.

Tidaklah serius kata doktor, namun sebolehnya dia tak benarkan Khaleef pulang.  Saya gusar kalau tak boleh pulang, bagaimana dengan anak-anak yang lain.

Kalau tidak serius, biarlah kami pulang.  Saya akan pastikan semua ubat-ubatan diberikan mengikut arahan.  Lalu dibenarkan pulang selepas hari dah pagi.

Letih dan mengantuk yang teramat.  Terpaksa saya batalkan kehadiran serta appointment saya di PBAKL hari ini.

Alhamdulillah, Khaleef baik-baik sahaja.  Saya hanya perlu pastikan semuanya mengikut aturan.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan.  Maaf juga kerana tidak dapat membalas semua komen.  Saya amat menghargainya.

#diarisuperdaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved