“Daddy, let’s go home please, please”
“Yer kita nak balik dah ni, tapi doktor nak check dulu.”
“Why they have to put needle in my arm. Please I don’t want. Sakit daddy”
“Semua orang nak bagi abang cepat baik, kena masukkan jarum, nak ambil darah, nak masukkan ubat, nak masukkan air.”
“But, they can always put it in my mouth. I don’t want daddy, let’s go home.”
Menangislah dia bila terpaksa 3 kali dicucuk jarum. Daddy pun naik sedih jugak tengok anak menangis merayu berlinangan air mata. Tapi begitulah, benda kena buat maka kenalah buat.
Selepas 3 kali sessi “neb” dia masih bernafas dengan laju. Berombak-ombak dada. Menggeleng kepala doktor ketika membilang dengupan jantung.
“Kita nak kena check darah dan lepas tu kena x-ray, takut ada jangkitan.”
Maka kenalah ambil darah, kena buat x-ray yang hasilnya memang menunjukkan adanya jangkitan.
Tidaklah serius kata doktor, namun sebolehnya dia tak benarkan Khaleef pulang. Saya gusar kalau tak boleh pulang, bagaimana dengan anak-anak yang lain.
Kalau tidak serius, biarlah kami pulang. Saya akan pastikan semua ubat-ubatan diberikan mengikut arahan. Lalu dibenarkan pulang selepas hari dah pagi.
Letih dan mengantuk yang teramat. Terpaksa saya batalkan kehadiran serta appointment saya di PBAKL hari ini.
Alhamdulillah, Khaleef baik-baik sahaja. Saya hanya perlu pastikan semuanya mengikut aturan.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Maaf juga kerana tidak dapat membalas semua komen. Saya amat menghargainya.







Leave A Reply