• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Great Minds Think Alike

21/12/2018

Bercerita pasal orang ni memang sedap ya amat.  Membawang lah katakan.  Orang itu nama sebenarnya begitu bukan begini, artis itu begitu artis ini begini dan macam-macam lagi.

Sampai ada mengutuk, sampai ada mengeji.  Kita terlupa langsung dosa dan pahala.

117 tahun yang lalu, Charles Stewart tulis dalam autobiografinya berkata, dia terdengar satu perbualan oleh Henry Thomas Buckle (Ahli sejarah) yang berkata seperti berikut.

Saya terjemahkannya:

“Lelaki dan wanita ini terbahagi di dalam 3 kelas atau tahap kebijaksanaan.  Kelas paling bawah tabiatnya sentiasa bercakap tentang orang.  Seterusnya pula tabiatnya sentiasa bercakap tentang perkara atau benda.  Kelas paling tinggi mereka sentiasa memilih bercakap tentang idea.”

Lalu ayat atau quote ini jadi popular dan dinasabkan kepada Eleanor Roosevelt.

“Great mind discuss ideas
Average mind discuss events
Small mind discuss people”

Begitulah.

Pilihlah kita nak jadi yang mana.  Orang juga boleh menilai kita dari golongan yang mana.  Kita yang tentukan.

Lagipun bercakap tentang orang ni lebih banyak dosa dari pahalanya.  Biarlah orang itu namanya ada m atau takde m kat depan.  Kita takde untung apa-apa pun.

Salam Jumaat semuanya.

#superdaddy

Share

Believe It or Not  / Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved