Bercerita pasal orang ni memang sedap ya amat. Membawang lah katakan. Orang itu nama sebenarnya begitu bukan begini, artis itu begitu artis ini begini dan macam-macam lagi.
Sampai ada mengutuk, sampai ada mengeji. Kita terlupa langsung dosa dan pahala.
117 tahun yang lalu, Charles Stewart tulis dalam autobiografinya berkata, dia terdengar satu perbualan oleh Henry Thomas Buckle (Ahli sejarah) yang berkata seperti berikut.
Saya terjemahkannya:
“Lelaki dan wanita ini terbahagi di dalam 3 kelas atau tahap kebijaksanaan. Kelas paling bawah tabiatnya sentiasa bercakap tentang orang. Seterusnya pula tabiatnya sentiasa bercakap tentang perkara atau benda. Kelas paling tinggi mereka sentiasa memilih bercakap tentang idea.”
Lalu ayat atau quote ini jadi popular dan dinasabkan kepada Eleanor Roosevelt.
“Great mind discuss ideas
Average mind discuss events
Small mind discuss people”
Begitulah.
Pilihlah kita nak jadi yang mana. Orang juga boleh menilai kita dari golongan yang mana. Kita yang tentukan.
Lagipun bercakap tentang orang ni lebih banyak dosa dari pahalanya. Biarlah orang itu namanya ada m atau takde m kat depan. Kita takde untung apa-apa pun.
Salam Jumaat semuanya.







Leave A Reply