• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Recovering

07/09/2018

Adik datang kepada saya dan bertanya.

“Daddy, ini mommy punya kan?”

“Yer, tu mommy punya.  Pergi simpan balik.”

“Hmmm, but mommy die already kan daddy?”

“Thats right.”

“Hmmm, teacher said mommy go to syurga.”

“Yes, that is right.”

“But, I miss mommy.”

“Me too… me too..”

“I want to kiss mommy, daddy.”

“Me too.”

Dan dia pun mencium saya.

Khaleel dah kurang bertanya ibunya.  Walaupun setiap hari ada bertanya namun sudah tidak sekerap dulu.

Tantrum malamnya juga jauh berkurangan.

Dia semakin faham.

Abangnya pula,masih macam dulu.  Masih menyembunyikan perasaan.  Tidak bertanya tentang ibunya.

Hanya jika adik bertanya maka dia akan menjelaskan kepada adiknya, dan ketika itu sahaja akan keluar perkataan mommy dari mulutnya.

Baby pula, semakin banyak ragam.

Tidak mahu ditinggalkan langsung.  Asyik nak berdukung sahaja.  Sukar juga nak selesaikan banyak benda jika perlu berkepit dengan dia sepanjang masa.

Daddy pula..

Biasanya okay sahaja.  Cuma kadang-kadang sangat stress dan menangis juga sekali-sekala.

Namun, rutin harian semuanya lancar.

Alhamdulillah.
.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved