Adik datang kepada saya dan bertanya.
“Daddy, ini mommy punya kan?”
“Yer, tu mommy punya. Pergi simpan balik.”
“Hmmm, but mommy die already kan daddy?”
“Thats right.”
“Hmmm, teacher said mommy go to syurga.”
“Yes, that is right.”
“But, I miss mommy.”
“Me too… me too..”
“I want to kiss mommy, daddy.”
“Me too.”
Dan dia pun mencium saya.
Khaleel dah kurang bertanya ibunya. Walaupun setiap hari ada bertanya namun sudah tidak sekerap dulu.
Tantrum malamnya juga jauh berkurangan.
Dia semakin faham.
Abangnya pula,masih macam dulu. Masih menyembunyikan perasaan. Tidak bertanya tentang ibunya.
Hanya jika adik bertanya maka dia akan menjelaskan kepada adiknya, dan ketika itu sahaja akan keluar perkataan mommy dari mulutnya.
Baby pula, semakin banyak ragam.
Tidak mahu ditinggalkan langsung. Asyik nak berdukung sahaja. Sukar juga nak selesaikan banyak benda jika perlu berkepit dengan dia sepanjang masa.
Daddy pula..
Biasanya okay sahaja. Cuma kadang-kadang sangat stress dan menangis juga sekali-sekala.
Namun, rutin harian semuanya lancar.
Alhamdulillah.
.







Leave A Reply