Saya memarahi Khaleel si adik kerana masih bermain dan tidak mahu tidur. Saya agak terkasar sedikit ketika menarik tangannya ke katil.
Terus rajuk dan menangis si anak kecil itu. Esakan dan sedu-sedan bersilih ganti.
“Abang, I want mommy, I want mommy” ulang Khaleel kepada abangnya diiringi tangisan dan esakan.
“Mommy’s gone Adik. No more mommy” pujuk si abang.
“I want mommy, I want mommy” tambahnya lagi sambil matanya memandang tepat kepada saya.
Rasa bersalah menguasai diri lantas saya pergi mendakapnya.
“Daddy sorry ok, forgive me. But we cannot see mommy anymore” pujuk saya sambil mengesat air matanya.
“Do you want new mommy, adik?” celah si abang.
“No, I want mommy, I want my mommy” bentaknya lagi.
Dah, daddy tak tau nak jawab apa dah.
Peluk, usap, cium, tepuk, dodoi sampailah dia tertidur di dalam esakan.
Baru selesai menghela nafas panjang dan mencapai tombol pintu bilik air, baby Khaleed pulak terbangun.
Aduhh terpaksa lagi menahan hajat.
.







Leave A Reply