• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Terpaksa Menahan Hajat

15/08/2018

Saya memarahi Khaleel si adik kerana masih bermain dan tidak mahu tidur.  Saya agak terkasar sedikit ketika menarik tangannya ke katil.

Terus rajuk dan menangis si anak kecil itu.  Esakan dan sedu-sedan bersilih ganti.

“Abang, I want mommy, I want mommy” ulang Khaleel kepada abangnya diiringi tangisan dan esakan.

“Mommy’s gone Adik.  No more mommy” pujuk si abang.

“I want mommy, I want mommy” tambahnya lagi sambil matanya memandang tepat kepada saya.

Rasa bersalah menguasai diri lantas saya pergi mendakapnya.

“Daddy sorry ok, forgive me.  But we cannot see mommy anymore” pujuk saya sambil mengesat air matanya.

“Do you want new mommy, adik?” celah si abang.

“No, I want mommy, I want my mommy” bentaknya lagi.

Dah, daddy tak tau nak jawab apa dah.

Peluk, usap, cium, tepuk, dodoi sampailah dia tertidur di dalam esakan.

Baru selesai menghela nafas panjang dan mencapai tombol pintu bilik air, baby Khaleed pulak terbangun.

Aduhh terpaksa lagi menahan hajat.

.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved