• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bau Rindu

11/08/2018

Saya mengemas barangan arwah isteri untuk diberikan kepada adik dan iparnya.

Yang mana elok saya nak sedekahkan dan yang tak elok saya ingin buang sahaja.  Yang istimewa saya simpan buat kenangan.  Yang berharga ingin saya wariskan buat menantunya kelak.

Kemudian terpandang beberapa botol perfume.  Hati berbelah bahagi, hendak disimpan atau diberikan sahaja.

Hendak diberi semua atau disimpan sebahagiannya.  Maka keputusan diambil untuk disimpan yang istimewa sahaja.

Gatal tangan hendak juga memicit botol comel tersebut walaupun sudah tahu akan risikonya.

Makanya.

Terbaulah segala kenangan dan bersemaraklah segala kerinduan.

Bau yang mewarnai dan menghiasi hari-hari bahagia kami.

Bau yang ingin saya cium dan dakap dalam lena.

Allahuakbar.

Demi Allah saya luluh.

Demi Allah saya rindu.
.
.
.
Adakah bau ini sebenarnya penambah rindu atau pengubat rindu?

Share

Blog  / Nostalgia

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved