Saya mengemas barangan arwah isteri untuk diberikan kepada adik dan iparnya.
Yang mana elok saya nak sedekahkan dan yang tak elok saya ingin buang sahaja. Yang istimewa saya simpan buat kenangan. Yang berharga ingin saya wariskan buat menantunya kelak.
Kemudian terpandang beberapa botol perfume. Hati berbelah bahagi, hendak disimpan atau diberikan sahaja.
Hendak diberi semua atau disimpan sebahagiannya. Maka keputusan diambil untuk disimpan yang istimewa sahaja.
Gatal tangan hendak juga memicit botol comel tersebut walaupun sudah tahu akan risikonya.
Makanya.
Terbaulah segala kenangan dan bersemaraklah segala kerinduan.
Bau yang mewarnai dan menghiasi hari-hari bahagia kami.
Bau yang ingin saya cium dan dakap dalam lena.
Allahuakbar.
Demi Allah saya luluh.
Demi Allah saya rindu.
.
.
.
Adakah bau ini sebenarnya penambah rindu atau pengubat rindu?







Leave A Reply