• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Tangisan Melepas Rasa

03/08/2018

Orang kata saya kuat.  Orang kata saya tabah.  Itu apa yang orang nampak di hari pengebumian isteri saya.  Apa yang nampak di depan tidak semestinya sama seperti di belakang.

Saya juga manusia.

Bohonglah kalau saya tidak berduka, bohonglah kalau saya tidak menderita.  Saya rebah, saya luluh, saya berduka.

Cumanya saya lontar jauh duka lara saya di hadapan tetamu yang bertali arus datang menziarahi isteri saya.

Apabila menerima salaman dan pelukan, dada saya bergetar seperti hendak meletup.  Ingin saya peluk erat dan menangis sekuatnya.

Namun bila mata bergenang dan esakan kecil baru bermula maka semua akan berkata, tabah dan bersabarlah, usahlah menangis kerana sudah takdirnya begitu.

Memang benar, saya bersabar, saya bertabah.  Memang sudah ditakdir begitu.  Bukannya menangis itu untuk menafi takdir yang sudah tertera.  Namun menangis itu adalah keinginan untuk melepas rasa yang membungkam jiwa.

Tidak sesekali air mata dan tangisan dicipta untuk disekat kemahuannya.

Biarlah saya menangis, biarlah saya melepas rasa kerana selepas tangisan ada kelegaan dan kelapangan besar di dalam dada.

Tangisan sebenarnya membuatkan saya lega dan menjadi kuat dan tabah serta lebih redha dengan ketentuannya.

Pesan saya, jika ada rakan kalian yang ingin menangis, maka tariklah dia ke penjuru dan menangislah bersama.  Sesungguhnya di dalam tangisan itu ada kelegaan yang amat besar bagi mereka yang dilanda musibah.

Menangislah.

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved