• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

McDonalds dan Bergedil

02/03/2012

Tiga hari lepas saya masak sup ayam. Lepas tu teringin hendak makan soto, lalu rebuslah ketupat segera jenama Nona yang saya bawa dari Malaysia.

Apa lagi yer? Ahhh….ayam. Isi ayam sudah di siat-siat.

Apa lagi?..sambal kicap. Sudah siap.

Hmmm…oh, alamak…suhun dan taugeh takde. Kena cari ni.

Apa lagi?? Bergedil? oh…crapppp!

Jadi bermulalah misi saya untuk mencari suhun dan taugeh dan “memikior” dan mencari resepi cara membuat bergedil. Singgah di Asia Markt di Hauptwache Station (6 minit berjalan kaki dari rumah saya) dan setelah menjenguk seluruh kedai dan bertanyakan kepada taukenya…sah, taugeh hari ni takde stok..dan suhun diorang tak tau apa tu.

Kesimpulannya…soto saya tak akan ada suhun dan taugeh. No problem.

Misi kedua…bergedil.

Mengikut kata resepi di internet…mudah saja, kentang, daging cincang, bawang goreng, daun sup, telur. Hmmm…semua ada. Jadi bermulalah aktiviti membuat bergedil.

[quote]Zwei gross pommes frites bitte!, Ich mache bergedil spaeter[/quote]

Langkah pertama. Kentang dipotong dan digoreng.

Alahai…lecehnya.

Jadi…pakai but, pakai jaket…berjalan keluar 4 minit, singgah di McDonalds dan order “Zwei gross pommes frites bitte!, Ich mache bergedil spaeter” (2 large potato fries please! i wanna make bergedil later”.

Jadi selesai sudah..tak perlu nak goreng kentang lagi.

Sampai rumah…snap gambar dulu then masukkkan semuanya dalam “food processor” atau “blender”. Dah siap.

ramuan bergedil segera, french fries, daging cincang, sedikit rempah ratus dan cili

masukkan semua dalam blender...camtu lah rupanya bila keluar

bentukkan seperti bebola atau bentuk gajah kalau pandai..dan celup dalam telur

dan goreng sampai kuning keemasan..jangan tiru saya sampai hangit.

dah siap..sedap dimakan begitu saja. Takpun bawak masuk McD dan makan bersama pelanggan lain

saya makan dengan soto "kosong".

 

Kepada sesiapa yang malas seperti saya, bolehlah mencuba cara membuat bergedil segera ini. Rasanya…hmmmm, macam makan bergedil kat McDonalds.

Tak percaya? Cubalah!

bergedil cepatbergedil jermanbergedil mcdonaldsbergedil ringkascara membuat bergedilcara mudah membuat bergedilresepi bergedil mudahresepi bergedil segera
Share

Believe It or Not  / Blog  / Cooks  / Lesson  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

25 Comments


Beb
02/03/2012 at 10:47 am
Login to Reply

Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!! Hebatnye u!



    admin
    02/03/2012 at 2:20 pm
    Login to Reply

    Beb,

    Hebat amendenye….orang malas jer buat macam tu. ๐Ÿ˜‰

CaDLyNN
03/03/2012 at 1:25 am
Login to Reply

wah…rajennye masak! kretipla tu.hahha



    Khairul
    03/03/2012 at 2:13 am
    Login to Reply

    CaDlyNN,

    Rajin tu tidak ler…dah terpaksa..kalau kat M’sia, gi jer beli. Tapi “kretip” tu ada la..:D

secret
04/03/2012 at 12:50 pm
Login to Reply

Okla dr xder langsung…
Tp MacD kat sana halal ker??



    admin
    04/03/2012 at 6:44 pm
    Login to Reply

    Tiada sijil atau pengesahan halal daripada JAKIM atau badan lain di Jerman.

Ajune
05/03/2012 at 2:31 am
Login to Reply

beb, kuah sup tu nampak sedap la



    Khairul
    05/03/2012 at 5:28 pm
    Login to Reply

    June, kuah jer??

secret
05/03/2012 at 6:34 am
Login to Reply

Then mcmana u pastikan mkanan tu halal?



    Khairul
    05/03/2012 at 5:29 pm
    Login to Reply

    Saya cuma pastikan dengan akal yang dikurniakan kepada saya. Selebihnya saya berserah.

Su
06/03/2012 at 2:52 am
Login to Reply

Woww.. Idea hebat!
Memang kuah nampak sedap.. hehe..



    Khairul
    06/03/2012 at 9:18 am
    Login to Reply

    Su,

    Idea ni sesuai untuk orang malas sahaja. Lagipun saya rasa tidak “kos effektif” kerana untuk 2 pek french fries McD tu sahaj dah berapa kosnya, kalau beli kentang..dapat lagi banyak. ๐Ÿ˜‰

asmahan
08/03/2012 at 6:54 am
Login to Reply

suhun tu boleh je ganti dengan bihun kot..hehehhe



    admin
    09/03/2012 at 3:47 pm
    Login to Reply

    As,

    Ye ke? hahaha…apsal saya tak terpikir yer.

MaryaYusof
09/03/2012 at 3:57 pm
Login to Reply

As salam Khairul,

Tabik spring! Toink! Toink! Cayalah, masterchef baru ni… Tgk pun dah tahu sedap… Droolinglah pulak ๐Ÿ™‚



admin
09/03/2012 at 5:25 pm
Login to Reply

Wsalam Marya,

Terima kasih lah yer..Cuba u buat soto ala Peruvian plak..meh kita sama2 cuba. ๐Ÿ™‚



lady windsor
20/04/2012 at 7:33 am
Login to Reply

Salam En Khairul,
Semalam saya dapat daging burger percuma dan ada lebihan french fries..nak try masak begedil style ini..tq for the instant recipe..:)



    khairul abdullah
    20/04/2012 at 9:54 am
    Login to Reply

    Cik Shasha,

    Selamat mencuba. Hope u like it.

Kak Sham
03/12/2012 at 7:55 pm
Login to Reply

Assalamualaikum KA,
Sgttttt suka dgn entri ni.
Selalu je bebudak ni beli burger tp fries x abis.
Lps ni tau la apa “boleh jadi” dgn “fries” tu..



    Khairul Abdullah
    03/12/2012 at 8:47 pm
    Login to Reply

    W’salam Kak Sham,

    Itulah cara paling mudah saya untuk buat bergedil ๐Ÿ™‚

LiniAziz
09/11/2013 at 3:18 am
Login to Reply

ahhhh ni semua salah kak wardina. because of her im reading non stop your blog since this morning and damn im still wearing pyjamas!! hahaha. keep it on writing a lots of stuff



    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 9:56 am
    Login to Reply

    Kannnn…too bad she made you still your pjs ๐Ÿ™‚

Ismadi Wakiri
17/07/2014 at 7:14 am
Login to Reply

Mana aci pakei kontang McD.. Hahaha.. Salam dari Abu Dhabi.. Syok baca resepi.. Ni sat gi nak uli roti canai & buat kuah kari ayam.. Guna resipi kati u yer.. Sempoi..



Dora
14/12/2015 at 11:36 pm
Login to Reply

Salam, stumbled upon ur blog masa tengah cari cara buat begedil dgn processor. Baru tau u duduk Frankfurt haha. Salam, servรถs und grรผรŸe aus Erlangen. Thanks kongsi recipe! Agaknya kalau pakai kentang yang frozen n bakar kan tu ok x?



    Khairul Abdullah
    16/12/2015 at 1:15 am
    Login to Reply

    W’salam,

    Saya tidak pasti samada ok atau tidak kalau guna kentang frozen tu, namun saya yakin kalau dah dibakar atau goreng dan blend halus2 then it should be ok. Cubalah.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

ยฉ Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved