Tiga hari lepas saya masak sup ayam. Lepas tu teringin hendak makan soto, lalu rebuslah ketupat segera jenama Nona yang saya bawa dari Malaysia.
Apa lagi yer? Ahhh….ayam. Isi ayam sudah di siat-siat.
Apa lagi?..sambal kicap. Sudah siap.
Hmmm…oh, alamak…suhun dan taugeh takde. Kena cari ni.
Apa lagi?? Bergedil? oh…crapppp!
Jadi bermulalah misi saya untuk mencari suhun dan taugeh dan “memikior” dan mencari resepi cara membuat bergedil. Singgah di Asia Markt di Hauptwache Station (6 minit berjalan kaki dari rumah saya) dan setelah menjenguk seluruh kedai dan bertanyakan kepada taukenya…sah, taugeh hari ni takde stok..dan suhun diorang tak tau apa tu.
Kesimpulannya…soto saya tak akan ada suhun dan taugeh. No problem.
Misi kedua…bergedil.
Mengikut kata resepi di internet…mudah saja, kentang, daging cincang, bawang goreng, daun sup, telur. Hmmm…semua ada. Jadi bermulalah aktiviti membuat bergedil.
[quote]Zwei gross pommes frites bitte!, Ich mache bergedil spaeter[/quote]
Langkah pertama. Kentang dipotong dan digoreng.
Alahai…lecehnya.
Jadi…pakai but, pakai jaket…berjalan keluar 4 minit, singgah di McDonalds dan order “Zwei gross pommes frites bitte!, Ich mache bergedil spaeter” (2 large potato fries please! i wanna make bergedil later”.
Jadi selesai sudah..tak perlu nak goreng kentang lagi.
Sampai rumah…snap gambar dulu then masukkkan semuanya dalam “food processor” atau “blender”. Dah siap.
Kepada sesiapa yang malas seperti saya, bolehlah mencuba cara membuat bergedil segera ini. Rasanya…hmmmm, macam makan bergedil kat McDonalds.
Tak percaya? Cubalah!












25 Comments
Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!! Hebatnye u!
Beb,
Hebat amendenye….orang malas jer buat macam tu. ๐
wah…rajennye masak! kretipla tu.hahha
CaDlyNN,
Rajin tu tidak ler…dah terpaksa..kalau kat M’sia, gi jer beli. Tapi “kretip” tu ada la..:D
Okla dr xder langsung…
Tp MacD kat sana halal ker??
Tiada sijil atau pengesahan halal daripada JAKIM atau badan lain di Jerman.
beb, kuah sup tu nampak sedap la
June, kuah jer??
Then mcmana u pastikan mkanan tu halal?
Saya cuma pastikan dengan akal yang dikurniakan kepada saya. Selebihnya saya berserah.
Woww.. Idea hebat!
Memang kuah nampak sedap.. hehe..
Su,
Idea ni sesuai untuk orang malas sahaja. Lagipun saya rasa tidak “kos effektif” kerana untuk 2 pek french fries McD tu sahaj dah berapa kosnya, kalau beli kentang..dapat lagi banyak. ๐
suhun tu boleh je ganti dengan bihun kot..hehehhe
As,
Ye ke? hahaha…apsal saya tak terpikir yer.
As salam Khairul,
Tabik spring! Toink! Toink! Cayalah, masterchef baru ni… Tgk pun dah tahu sedap… Droolinglah pulak ๐
Wsalam Marya,
Terima kasih lah yer..Cuba u buat soto ala Peruvian plak..meh kita sama2 cuba. ๐
Salam En Khairul,
Semalam saya dapat daging burger percuma dan ada lebihan french fries..nak try masak begedil style ini..tq for the instant recipe..:)
Cik Shasha,
Selamat mencuba. Hope u like it.
Assalamualaikum KA,
Sgttttt suka dgn entri ni.
Selalu je bebudak ni beli burger tp fries x abis.
Lps ni tau la apa “boleh jadi” dgn “fries” tu..
W’salam Kak Sham,
Itulah cara paling mudah saya untuk buat bergedil ๐
ahhhh ni semua salah kak wardina. because of her im reading non stop your blog since this morning and damn im still wearing pyjamas!! hahaha. keep it on writing a lots of stuff
Kannnn…too bad she made you still your pjs ๐
Mana aci pakei kontang McD.. Hahaha.. Salam dari Abu Dhabi.. Syok baca resepi.. Ni sat gi nak uli roti canai & buat kuah kari ayam.. Guna resipi kati u yer.. Sempoi..
Salam, stumbled upon ur blog masa tengah cari cara buat begedil dgn processor. Baru tau u duduk Frankfurt haha. Salam, servรถs und grรผรe aus Erlangen. Thanks kongsi recipe! Agaknya kalau pakai kentang yang frozen n bakar kan tu ok x?
W’salam,
Saya tidak pasti samada ok atau tidak kalau guna kentang frozen tu, namun saya yakin kalau dah dibakar atau goreng dan blend halus2 then it should be ok. Cubalah.