• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Populariti

06/05/2017

Saya adalah seorang dewasa yang matang dan bukannya remaja yang gila populariti.  Tidak perlu untuk saya menulis atau mereka cerita best yang sensasi serta palsu demi untuk meraih populariti.

Populariti adalah bagus demi membesarkan khalayak pembaca namun bukanlah dengan cara menulis cerita atau artikel yang palsu demi untuk mendapat like, komen dan juga share.

Niat saya di dalam menulis hanyalah memberi kesedaran kepada masyarakat dengan berkongsi cerita yang baik yang boleh dijadikan iktibar dan tauladan.  Kita perlukan cerita-cerita sebegitu untuk memulihkan masyarakat dari penyakit kurang sivik, adab dan akhlak.

Setiap apa yang saya tulis samada di blog, di FB ini mahupun di dalam buku saya serta di majalah dan sebagainya sudah pasti saya akan menulis cerita yang benar, samada dari pengalaman dan pengamatan saya sendiri atau dari maklumat-maklumat lain yang saya sudah kaji kesahihannya.

Itu tanggungjawab saya sebagai penulis.

Amatlah berdosanya saya sekiranya saya menulis perkara yang palsu dan membuatkan ramai yang membaca mendapat maklumat yang salah.

Oleh yang demikian, sekiranya para pembaca rasa apa yang saya tulis di artikel-artikel yang akan datang seperti “too good to be true” atau pelik, tak munasabah dan sebagainya maka usahlah dikomen terlebih dahulu atau sembrono menyerang.

Buat semakan, atau Google dan cari kesahihan maklumat tentang apa yang saya ceritakan.  Saya sebagai manusia biasa kadangkala ada yang terlepas pandang.  Kalau saya salah atau ada maklumat yang kurang tepat maka tegurlah.  Kalau saya betul maka bacalah dan ambil manfaatnya.

Setiap perkataan yang saya tulis akan diadili di akhirat kelak.  Jadi saya harus memikul beban tanggungjawab tersebut.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sentiasa membaca dan menyokong penulisan saya selama ini.

Selamat datang juga buat pengikut ke 20,000.

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved