• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Petronas – Betul atau Tipu?

14/08/2014

Berapa ramaikah anda di luar sana yang masih belum dapat payung “edisi terhad” Petronas ini? Sejak hari pertama mengisi minyak dan mengumpul cop sampai ke hari ni masih tak dapat payung yg dijanjikan. Alasannya? Habis stok, habis stok, habis stok – padahal tempoh promosi masih berbaki sebulan.

Bukannya kebulur sangat pun nakkan payung ni tetapi bila dah isi minyak jenama Petronas dan dapat kumpul cop maka apa salahnya kan. Kalau takde promosi payung ni pun saya tetap mengisi minyak Petronas, jadi apa salahnya saya berharap utk sekaki payung “edisi terhad” seperti yg dijanjikan.

Namun PETRONAS Brands mempermain-mainkan perasaan pelanggan setia mereka. Sekiranya takde stok sila tamatkan promosi ini dengan segera dan arahkan semua stesen minyak anda meletakkan notis bahawa prmosi ini telah ditamatkan di setiap stesen supaya kami tak perlu bertanya lagi.

Share

Blog  / Complaints  / Experience

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved