Berapa ramaikah anda di luar sana yang masih belum dapat payung “edisi terhad” Petronas ini? Sejak hari pertama mengisi minyak dan mengumpul cop sampai ke hari ni masih tak dapat payung yg dijanjikan. Alasannya? Habis stok, habis stok, habis stok – padahal tempoh promosi masih berbaki sebulan.
Bukannya kebulur sangat pun nakkan payung ni tetapi bila dah isi minyak jenama Petronas dan dapat kumpul cop maka apa salahnya kan. Kalau takde promosi payung ni pun saya tetap mengisi minyak Petronas, jadi apa salahnya saya berharap utk sekaki payung “edisi terhad” seperti yg dijanjikan.
Namun PETRONAS Brands mempermain-mainkan perasaan pelanggan setia mereka. Sekiranya takde stok sila tamatkan promosi ini dengan segera dan arahkan semua stesen minyak anda meletakkan notis bahawa prmosi ini telah ditamatkan di setiap stesen supaya kami tak perlu bertanya lagi.







Leave A Reply