• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

A Self-Proclaimed SuperDaddy

06/01/2019

Alat muzik pertama yang saya pandai main ialah dram.  Saya mula mengetuk dram sebelum masuk darjah 1 lagi.

Seterusnya saya bermain piano di sekolah menengah.  Tidak pernah belajar secara formal, play by heart sahaja orang putih kata.  Tidaklah pandai, tetapi bolehlah.

Kemudian saya bermain gitar.

Ini yang paling saya minat dan agak mahir.  Puluhan tahun juga saya bermain gitar sehinggalah Khaleef lahir dan saya mula jarang bermain dan akhirnya gitar berada di dalam case masing-masing.  Ada 6 kesemuanya tetapi hanya tinggal 3 bersama saya.

Sekali-sekala bawa keluar.  Belai-belai, peluk cium dan simpan balik.

Begitulah.

Saya ni kononnya berdarah seni.

Zaman sekolah dahulu selain bermain muzik saya suka melukis.  Agak pandai sebenarnya.  Banyak melukis mural di sekolah, banyak juga “melukis” di dinding bilik air asrama.  Paling suka melukis potret.

Kemudian saya sambung belajar di dalam bidang yang kerjanya lukis-melukis juga.  Beberapa ketika, ianya jadi bosan.  Kemudian saya bertukar buat graphic design.  Sedap juga, siap ada company sendiri dan staff sampai 8 orang.

Sambil-sambil tu berjinak di dalam bidang fotografi.

Alhamdulillah, boleh juga cari makan menjadi jurugambar ni.

Cumanya saya tak suka jadi jurugambar kahwin.  Biarlah orang lain buat, saya suka buat fashion, food dan architecture.  Pernah gambar saya digunakan oleh majalah di Jerman.

Bertitik-tolak dari situ juga saya berpeluang bekerja sebagai jurugambar di Jerman selama hampir 4 tahun.  Seronok, sebab buat kerja yang kita minat dan ada passion ni.  Seronok tengok gambar-gambar saya muncul di media cetak dan juga online.

Dalam pada masa yang sama, saya mula menulis.

Maka mula menulis untuk melepas rasa.  Ehh best pulak menulis ni.  Rasa lega bila dapat luah apa yang ada di dalam dada.  Maka menulislah saya sedikit demi sedikit.

Saya sentiasa praktis menulis, mencari style dan identiti sendiri.  Saya mengambil masa 7 tahun, dari hari pertama menulis sehinggalah ke hari saya ditawarkan oleh beberapa penerbit untuk menerbitkan buku pertama saya.

From zero to hero kata orang.  Dari bodoh kepada pandai.  Dari tiada pembaca kepada puluhan ribu folllower.

Begitulah.

Melukis, menulis dan bermain muzik ni kerja seni.  Jadi saya anggap diri saya ini orang seni.

Orang seni ni jiwanya sentimental, cara perawakan juga adalah simple.  Saya orangnya yang selesa dengan jeans dan t-shirt.  Cukup tidak suka pakaian formal.  Kalau terpaksa maka saya pakai.  Ada beberapa pasang suit lengkap di dalam almari, so no problem.

Saya menggemari muzik.

Semestinyalah, kan?  Saya seorang pemuzik maka mestilah saya menggemarinya.  Saya layan semua jenis muzik namun irama rock adalah kegemaran saya.

Pernah buat konsert di zaman sekolah dan di zaman universiti.  Pernah menyanyi sambil bermain gitar sewaktu konsert di universiti dan juga pernah menyanyi di 2 buah hotel.  Satu, ketika di Bangkok.  Kat lobi hotel, takde orang dan abang band tu jemput ganti sebab set pertama dia dah habis.

Apa lagi gua sambung beberapa buah lagu, walaupun hanya ada 5 orang yang tengok dan saya nyanyi tak sedap.

Sewaktu menyanyi di Berastagi Indonesia, ada seorang wanita datang ke meja saya dan berbual.  Katanya kalau saya masih single, ambillah dia sebagai isteri.

Fuhh, laku jugak aku.

Menyanyi di khalayak ramai ini saya hentikan apabila saya menyanyi buat kali terakhir kepada arwah isteri saya sebelum kami berkahwin.  Dulu ada live band di kafe tepi tasik KLCC.  Lepas dinner saya pergi cakap kat band tu nak pinjam gitar dan nyanyi kat tunang saya.

Fuhh dasyat jugak aku time tu.

Itu dulu lah.

Saya juga menggemari filem.

Saya gemar filem thriller dan drama.  Pernah berniat untuk menulis skrip dan mengarah filem.  Belum terlambat rasanya untuk saya cuba.

Saya masuk kelab dan pernah berlakon teater di universiti.  Ada bakat terendam juga.

Saya juga pernah muncul di dalam beberapa episod drama tv berjudul Kolej pada tahun 1995.  Masa tu Azhar Sulaiman, Norman Hakim dan Ahmad Idham jadi hero.  Saya jadi rakan kelas, pak pacak sahaja dan ada satu dialog kot.

Pernah juga masuk Majalah 3 ketika krew ikut team saya ke Kepulauan Mentawai di Indonesia yang dilanda tsunami.

Sekarang ni pun kerap juga masuk tv.  Ada hari tu produser rancangan temubual berbahasa Inggeris jemput saya.  Dia tanya saya boleh berbahasa Inggeris tak?

Ishh, anak saya si Khaleef tu boleh speaking dengan slang British, takkan bapak dia tak boleh.  Bahasa Jerman dia pun macam air tau.

Begitulah.

Harap-harap ada penerbit baca dan offer saya berlakon filem.  Tapi taknak jadi extra atau pak pacak, jadi orang jahat pun tak apalah, saya redha.

Atau boleh juga offer saya jadi host rancangan memasak.

Saya ni dah lah terrer masak, kacak pulak tu.

Sekian.

KHAIRUL ABDULLAH
A self-proclaimed artist.
A self-proclaimed superdaddy.

Share

Believe It or Not  / Blog  / Music

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved