Tadi abah pos gambar buah anggur di dalam group famili. Kata abah buah dah nak masak dan siapa nak merasa kenalah balik kampung.
Apalah sangat buah anggur tu kan? Boleh jer beli di supermarket.
Semanis dan sesedap mana pun anggur hasil belian di supermarket pastinya tidak sama dengan buah anggur hasil tanaman emak yang hanya perlu dipetik di pohon yang menjalar di pagar rumah sahaja.
Sambil-sambil siram pokok sawi, bayam, kailan, terung dan cili, terus petik sahaja beberapa biji buah yang manis dan lazat tersebut untuk menghilangkan kering di tekak.
Tentu berbeza sekali pengalaman menikmati buah anggur yang dipetik di pagar rumah kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Namun sebenarnya abah rindu anak cucu.







Leave A Reply