Jam 1.30 pagi, abang sedang minum bersama seorang rakan lama di sebuah kedai mamak berhampiran rumah. Tiba-tiba meja di hadapan abang didatangi dan diduduki oleh sekumpulan tiga orang dewasa, dua lelaki dan seorang perempuan bersama seorang anak kecil.
Mulanya abang tidak endahkan mereka. Namun apa yang berlaku seterusnya membuatkan darah abang menyirap.
Asap rokok dan vape berkepul datang dari meja tersebut. Si ayah memangku anak kecil berusia sekitar 18-20 bulan sambil menghembuskan asap vape, manakala si emak pula sedang menyalakan rokok. Seorang lagi lelaki juga sedang turut menghembuskan asap rokok dengan asyiknya.
Kebodohan apakah ini?
Anak sekecil itu sepatutnya sedang tidur nyenyak di atas katil dibuai mimpi indah namun diheret sama ke kedai mamak demi melampiaskan nafsu mak bapak yang hendak makan lewat malam di samping bersembang dan menghembuskan asap rokok dan vape.
Kebangangan apakah ini?
Membiarkan anak kecil yang diheret keluar ketika dinihari bernafas udara yang tercemar dari perbuatan mak bapak tadi? Tidakkah terfikir dek akal mereka yang anak sekecil itu sangat sensitif paru-parunya terhadap asap? Tak kiralah vape ke, rokok ke, asap lori ke asap kapal ke hatta kentut sekalipun?
Dimanakah sifat kasih sayang ibu dan bapa terhadap anak kecil? Kenapa mendedahkan anak kepada bahaya? Di manakah akal yang dikurniakan Allah kepada anda?
Abang marah, sangat marah.
Abang bingkas bangun dan starlight dahi si bapa tadi. “Bodoh benar kamu ni” ujar abang tegas.
“Jomlah balik. dah lambat ni, ko kan ada manuskrip yang nak kena proofread” kata kawan abang.
Pantas abang tersedar.
“Mujur aku belum bangun starlight dahi brader tu. Nanti malu pulak dia. Atau silap-silap brader tu lompat dan karate tengkuk aku sebab menyibuk hal dia” getus hati abang yang pengasih dan penyayang ini.
Terus abang dan rakan bangun dan beredar meninggalkan pasangan suami isteri bangang yang sedang menyiksa anak kecil mereka.
Kalau kat Jerman maunya mak bapak tadi dah kena bambu dengan orang sekeliling. Bawa anak berjalan untuk pulang ke rumah ketika melebihi jam 9 atau10 malam pun dah dipandang serong oleh masyarakat, apatah lagi bawak anak keluar dan lepak di restoran jam 1.30 pagi – silap-silap ada polis yang datang angkut mak bapak tadi atas sebab memberi kemudaratan terhadap kanak-kanak. Tak layak jadi ibubapa katanya.
Abang meninggalkan kedai mamak sebentar tadi dengan perasaan bercampur baur. Marah, sedih, kecewa dan menyesal kerana tidak sempat menegur perbuatan mereka (rakan abang ajak balik cepat sangat).
Agak-agaklah kan, lain kali, apa yang boleh abang buat kalau terjumpa lagi mak bapak yang macam ini?
Report polis?
Ambil anak kecil dan bawa lari?
Starlight dahi kedua ibu bapa? atau
Ambil vape dan rokok kemudian pijak sampai lunyai? atau
Paling klise (cliche) – tegur baik-baik?
Entahlah…abang tak tahu.
Buat bodo je lah kot. Orang kita ni garang bebenor dan ramai ada silat dan abang ta kuad.







Leave A Reply