“Nak cornflakes ke porridge?” soal saya kepada Khaleef ketika kami bersarapan di sebuah hotel di Batu Feringgi yang dipenuhi oleh pelancong dari luar negara pada hujung minggu yang lalu.
Khaleef buat “derk” jer jadi bingkas saya bangun menuju ke bufet makanan yang banyak dan nampak macam best tu. Pusing dua kali lalu saya berhenti di depan 2 orang chef. Seorang abang dan seorang kakak yang sedang menggoreng telur lantas memesan “telur goreng mata kuning cair” sebanyak 2 biji untuk diri saya dari abang chef.
Ketika sedang menunggu, seorang lelaki Malaysia datang ke situ juga seraya berkata kepada Akak chef,
“Buat satu scramble egg and ask someone to send it to my table there” sambil jarinya menunding ke arah meja beliau dan beredar.
Akak chef tu pun senyum kelat.
Datang pula seorang mat salleh dan dengan loghat British yang pekat berkata kepada kakak chef tadi,
“Good morning mem, can you make me an omelet please?”
“Sure sir” balas akak chef dengan senyuman.
Mat salleh pun berdiri menunggu dan ketika itu telur mata kuning cair saya pun dah disiapkan oleh abang chef. Setelah bertukar ucapan terima kasih saya kembali ke meja dan melayan Khaleef makan.
Sambil makan saya memerhatikan sekeliling.
Di meja hadapan, pasangan warga Arab baru kahwin gamaknya sedang bersarapan. Penuh meja mereka dengan pelbagai makanan dan minuman.
Di meja sebelah kiri pula pasangan Melayu sedang berbulan madu gamaknya. Inai dijari masih merah dan nampak manja sekali keduanya. Makanan disuap perlahan sambil terukir senyuman di wajah masing-masing.
Di meja belakang pula satu keluarga mat salleh dengan 2 orang anak kecil berusia sekitar 2-4 tahun. Si ayah sedang melayan anak-anaknya makan dan si ibu sedang mengambil makanan.
Di meja hujung pula ternampak satu kumpulan besar lelaki dan wanita Malaysia sekitar 6-7 orang yang agak berusia. Datang berkursus agaknya. Penuh hilai tawa dari meja tersebut.
Kami sekeluarga pun terus makan sambil sekali sekala saya memarahi Khaleef kerana bermain dengan makanannya. Usai makan sekitar 40 minit kemudian saya sekali lagi memerhatikan kembali meja-meja di sekeliling saya.
Pasangan Melayu yang sedang berbulan madu beredar dahulu. Mejanya tidak bersepah kerana makanannya tidak banyak. Hanya ada baki air minuman yang tidak dihabiskan. Mereka beredar dan kerusi tidak ditolak kembali.
Pasangan Arab seterusnya beredar. Meja bersepah, banyak lebihan dan sisa makanan di atas dan dibawah meja. Banyak gelas yang ada baki minuman tidak dihabiskan. Kerusi juga tidak ditolak kembali ke tempat asal.
Keluarga mat salleh pula sedang sibuk mengemas meja. Sisa makanan anak-anak yang jatuh dilantai dikutip kembali. Pinggan mangkuk, cawan dan gelas disusun kemas. Sisa di atas meja di lap dengan tisu dan selepas berpuas hati mereka bangun, tolak kembali kerusi ke tempat asal dan beredar.
Kumpulan yang dah berusia tu pula seterusnya beredar. Bersepah ya Rabbi! Saya tak nak cerita dah.
Nampak tak?
Bukannya saya nak banggakan mat salleh. Tetapi saya sedih dengan orang kita terutama yang beragama Islam. Itukah peribadi seorang Muslim?
Cerita saya tadi kita semua boleh tengok setiap hari di mana-mana sahaja. Usai makan, meja bersepah. Segala sisa nasi, tulang ikan, tulang ayam, maggi goreng, sisa roti canai dan sebagainya bersepah.
Kalau yang makan dengan anak-anak lagilah. Kalau pelayan restoran datang nak mengemas kembali meja, boleh menangis dibuatnya.
Susah sangat gamaknya nak kumpulkan sisa makanan dan kemas sedikit meja tempat awak makan tu yer dan kemudian tolak balik kerusi ke tempat asal. Payah bebenor ke??
Nak buat macamana kan, awak bayar duit dan awak bebas melakukan apa sahaja walaupun ia menunjukkan sikap pemalas dan pengotor awak.
Ingat semua, jika kita mempermudahkan kerja orang (pelayan/waiter dsb) InshaAllah kerja kita juga akan dipermudahkan olehNya nanti.
Haishh..Entahlah..I dont know what to say dah!
Mentaliti jamban sungguh!







Leave A Reply