Ketika sedang bercuti pada minggu lepas, abang ada terima email dari seorang rakan di Eropah. Bukannya “rakan” sangat pun tapi abang kenal beliau kerana pernah menyewa apartmentnya di Paris melalui laman web Airbnb.com.
Abang sering berutus email dengan beliau yang katanya tertarik dengan Islam dan Malaysia.
Kali ini abang terima lagi email dari beliau namun sangat tidak sedap untuk dibaca email tersebut. Beliau menyangka orang Malaysia ni sama seperti abang dan beliau sangat gembira ketika menerima tetamu tersebut.
Namun jangkaannya meleset. Tetamu tersebut telah mengkucar-kacirkan apartment beliau. Beliau sangat kecewa kerana sikap tetamu tersebut sangat berbeza.
Kini, imej rakyat Malaysia sudah tercemar di mata beliau. Katanya sukar untuk beliau terima tetamu dari Malaysia lagi selepas ini. Orang Malaysia takde adab dan pengotor katanya.
Aduhhhhh…abang juga yang jenuh menjawab.
Beginilah dik.
Kita bila bertamu di rumah orang, jagalah tata susila dan budi pekerti. Memang pun adik bayar, bukannya duduk free tapi itu bukanlah lesen untuk adik berbuat suka hati di rumah orang.
Bukannya suruh adik mop lantai, sapu sampah dan sebagainya tetapi kemaslah balik apa yang patut. Sekurang-kurangnya basuh dan simpan kembali segala periuk dan pinggan mangkuk yang telah adik gunakan.
Buang sampah di dalam bakul yang disediakan. Pampers anak tu masuklah dalam pastik dan ikat ketat-ketat dan pergi buang di dalam tong yang disediakan. Dah ada tong kitar semula, asingkanlah sampah-sampah tu jangan main longgok jer.
Bila guna bilik air, bertertiblah. Jangan lencun sampai ke siling macam mandi kat rumah awak sendiri. Dah berak pandailah pam dan cuci sisa sekiranya masih ada.
Ini tidak, awak betul-betul buat macam rumah sendiri. Alasannya, awak bayar, awak pelanggan maka suka hati awaklah nak buat macam mana pun.
Hmmm…mentaliti tu simpan kat rumah yer. Jangan dibawa pergi ke tempat orang.
Abang setiap kali menginap di homestay, abang pastikan rumah yang abang sewa tu berkeadaan seperti asal sewaktu hari abang mula-mula masuk.
Sebab tu abang selalu dapat email dari tuan rumah ucap terima kasih kat abang dan puji orang dari Malaysia. Puas abang cuba nak harumkan nama orang Malaysia dan agama Islam, awak pulak senang-senang rosakkannya.
Hmmmm..ada sesiapa nak rasa penampar abang tak?
Entahlah….







Leave A Reply