Macamana “open house” hujung minggu lepas? Mesti seronok sebab dapat jumpa dan beraya dengan kawan-kawan dan paling best sebab dapat makan sedap-sedap.
Abam pun samalah, dapat jugak pergi open house. Macam-macam dapat makan selain ketupat dan rendang, kurma kepala kambing pun ada hinggalah ke nasi dagang, nasi kerabu dan laksam serta macam-macam lagi.
Semuanya sedap semuanya best.
Namun abam ada perhati benda-benda yang tak best.
Abam nak pesan lah kepada semua. Bila dah pergi rumah orang, makan sedap-sedap tu ingatlah sikit. Jaga adab, jaga tatsusila. Jangan makan ibarat kat restoran yang kononnya awak bayar mahal dan awak boleh sepahkan. Jagalah sikit kebersihan meja atau tempat awak makan tu.
Yang bawak anak-anak, perhatikan sikit bila anak makan terutamanya di dalam rumah. Jangan sampai kuih-muih berderai di atas karpet dan sebagainya. Kalau ada, awak pergilah kutip dan kemaskan. Jangan ditengok dan dibiarkan saja.
Ingat, tuan rumah tu takde staff, takde abam Bangla yang nak kemaskan meja untuk awak. Kemaskanlah meja bila makan tu, buanglah pinggan atau cawan pakai buang tu di tempat yang disediakan.
Kutip sisa-sia makanan yang terjatuh atau lap sisa tertumpah. Kemas balik meja dan susun balik kerusi. Orang dah bagi makan free tu awak tolonglah sikit. Bukan susah pun kan?
Kemudian, bagi yang merokok sila hadam apa yang abam nak cakap ni. Abam bukan anti dengan korang (abam pun bekas perokok) namun kat open house tu ramai manusia. Ada anak kecil, ada kakak pregnant, ada nenek dan sebagainya.
Awak pergilah keluar kat tepi jalan tu, duduk tepi longkang dan merokoklah sampai lebam sambil kira berapa jumlah rumput atau sampah dalam longkang kalau ada.
Usahlah merokok di meja dan beriya-iya menghembus asap rokok atau vape anda dengan skill bentuk bulat gelung-gelung untuk tatapan ramai. Orang tak “impressed” pun dengan skill awak. Orang menyampah dan rasa nak luku saja kepala awak tu.
Ingat pesan abam. Merokoklah sepuasnya tetapi jangan abaikan ketidakselesaan dan keselamatan orang lain terutama kanak-kanak. Gunakanlah akal yang dikurniakan kepada awak tu untuk memilih tempat yang sesuai untuk merokok.
Boleh tak?
ENTAHLAH..abam dont know what to say dah.
Sekian, terima kasih.







Leave A Reply