“Sudahlah datang tangan kosong, habis nak ditapaunya semua benda” Bebel Puan Shida kepada suaminya Encik Hasri.
Adoiiii janganlah macam tu yer, adik kakak dan abam semua.
Orang putih pun tahu adab bila bertamu ke rumah orang. Bila dapat jemputan, mesti datang bawa sesuatu. Kita pun diajar supaya bawa “buah tangan” ketika mengunjungi rakan taulan, sanak saudara dan sesiapa sahaja yang kita bertamu (menjadi tetamu).
Namun masih ramai yang tidak mempraktikannya ketika menjadi tetamu di rumah rakan taulan, sanak saudara dan sebagainya. Datang berlenggang balik berjinjing bungkus makanan.
Balik kampung ke rumah mak bapak tu pun kira bertamu jugak. Jangan balik bawak telor saja tau. Belilah beras ke, gula dan kopi ke atau apa sahaja yang digemari oleh orang tua di kampung. Boleh kan???
Jom di sini abam kongsikan tips-tips mudah untuk kita semua praktik kembali adab membawa buah tangan ketika bertamu.
—————————————-
TIPS MUDAH UNTUK MENJADI TETAMU YANG DISAYANGI.
1. Semua jemputan yang anda terima samada dari adik-beradik anda sendiri, jiran tetangga, atau sesiapa sahaja samada jauh atau dekat maka anda dikira sebagai bertamu- jadi kena bawa buah tangan. Hatta balik ke rumah ibubapa sendiri juga lebih baik dikira sebagai bertamu. Jadi jangan bawa balik telur sahaja. Faham dak?
2. Tanamkan dalam hati, niat memberi buah tangan tersebut sebagai sedekah bagi mendapat redha Allah dan juga sebagai tanda atau asbab untuk mengukuhkan silaturrahim atau tali persaudaraan dan juga persahabatan.
3. Sekiranya mampu, bawalah buah tangan yang sesuai dengan majlis. Kalau kawan ajak datang rumah untuk makan malam, maka bawalah pencuci mulut atau buah-buahan ataupun minuman atau apa sahaja yang difikirkan sesuai.
4. Fikirkan dan buat research sikit tentang isirumah yang bakal anda bertamu. Keluarganya berapa ramai? Anaknya sudah besar atau masih kecil? Ada tak ahli keluarganya yang allergik terhadap sesuatu makanan, atau gemar makan sesuatu dan sebagainya.
5. Bila dah tau “background” tuan rumah tadi maka anda boleh bawak buah tangan yang sesuai. Jadi tidaklah anda bawa 3 botol minuman Coke ke rumah yang seluruh keluarganya tidak minum minuman bergas. Namun kalau bawa KFC ke rumah yang ada anak-anak maka pasti diorang sangat seronok dan gembira.
6. Jangan rasist. Datang rumah kawan melayu bawa buah tangan, pergi rumah kawan Cina atau India atau kaum apa hatta penyokong parti apa atau kelab bola mana sekalipun pun mesti bawak buah tangan juga yer.
7. Jaga sensitiviti. Jangan bawa kari daging dan bertamu ke rumah rakan India. Jangan bawa kek dengan design kelab MU ke rumah rakan yang menyokong Liverpool, hehehe.
8. Jangan pilih kasih ketika membawa buah tangan. Dapat jemputan ke rumah Dato yang boleh memberikan keuntungan perniagaan kepada anda maka anda bawak yang best-best belaka. Datang ke rumah orang yang lebih rendah pangkatnya atau rumah adik-beradik sendiri maka bawa buah tangan yang lebih kurang sahaja.
9. Bawalah semampunya dan kalau boleh yang terbaik. Kita ni kalau hendak memberi, berilah yang terbaik. Kalau di rumah kita boleh minum jus yang berharga RM12 sekotak namun bila bertamu kita bawa jus yang berharga cuma RM6.90 sekotak? Padahal kita mampu tetapi sebab nak bagi kat orang maka terus kita berkira.
10. Namun kalau betul tidak mampu, bawalah apa sahaja yang paling anda mampu walaupun beberapa biji gula-gula untuk diberikan kepada anak-anak tuan rumah.
—————————————
PERINGATAN
Jagalah adab ketika bertamu. Jangan buat mcam rumah sendiri. Perhatikan anak-anak, jangan biar anak selongkar itu ini, melompat sana sini. Jaga adab ketika menggunakan tandas rumah orang atau ketika tumpang solat di rumah orang atau rumah sanak saudara sendiri pun.
Paling penting jangan sesuka hati nak minta tapau. Sila jaga adab – bila dipelawa untuk tapau maka tolaklah dengan baik. Dipelawa lagi, tolaklah lagi. Namun kalau terus lagi dipelawa maka ambillah kerana itulah rezeki untuk anda, namun jangan tamak haloba.
—————————————-
INGAT – “Membawa atau memberi buah tangan dengan niat sebagai sedekah jariah tidak akan pernah membuatkan anda msikin dan jatuh muflis. Orang yang sentiasa bersedekah rezekinya melimpah ruah.” – Khairul Abdullah
Semoga bermanfaat.
p/s: Komen yang murni-murni tentang buah tangan sahaja yer. Pasal adab menjadi dan menerima tetamu nanti kita cerita dan diskas lain kali.







Leave A Reply