• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Adik Rider GrabFood

27/11/2019

Dari semalam Khaleel langsung tak nak makan atau minum.  Puas dipujuk, puas diberi pilihan semuanya ditolak.  Seteguk air pun dia tak nak minum.

Hanya baring dan tidur seharian.  Badannya panas, suhu naik menghampiri 40 darjah celcius.  Meronta-ronta bila diberi ubat.  Apa yang masuk semuanya dimuntahkan kembali bersama isi perutnya.

Ubat bontot sahaja penyelesaiannya.

Kesian.

Saya biarkan dia tidur sahaja.  Menjelang Maghrib dia bangun.  Badan sudah tidak panas lagi dan dia cakap nak makan nugget.

Sepantas kilat ayahnya ini order Happy Meal guna Grab.

Namun dapat mesej dari rider, katanya hujan dan dia terpaksa berhenti berteduh sekejap.  Aduhh, mesti lambat kalau macam ni.  Saya pun tanyalah, agaknya berapa lama, sebab anak saya yang sakit nak makan ni.

Bila dia tahu anak saya sakit maka terus dia kata nak redah hujan.  Saya kata tak apa cuma nak tahu berapa lama untuk saya bajet masa.

Dia nak hantar jugak, dia minta saya tunggu di lobi hospital.  Katanya dia tak pakai baju hujan, kuyup nanti tak boleh masuk.

Baiklah.

Lalu saya turun ke lobi dan tunggu beliau.

Alhamdulillah, walaupun dalam kebasahan dia berdua dengan rakannya tetap jalankan tanggungjawab mereka.  Happy Meal diterima dengan penuh gembira.

Saya suka dengan anak muda begini, lalu saya bagi tips.  Lepas lah nak minum menghangatkan badan.

Saya doakan rider Grab, Muhammad Nurul dan rakannya semoga mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu.

Aamiin.

Khairul Abdullah

#SuperDaddy

P/s: Terlupa nak screenshot gambar dan conversation dengan rider grab tadi.  Boleh tengok balik ke?  Siapa tau?

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved