Saya bertabah jer dengan brader sebelah ni.
Kot yer pun nak berwuduk takkan sampai jiran sebelah kau wudukkan sekali. Lencun jugak baju aku ni bro. Agak-agaklah kan?
Itulah terjadi bila semuanya ikut nafsu.
Adab mana? Tertib mana? Berwuduk tau, bukannya mandi.
Kat masjid atau surau bila buka paip, kalau air kecil dan perlahan tak nak berwuduk kat situ. Nak juga cari paip yang air mengalir laju. Baru sedap, baru puas katanya.
Sedap dan puas tu nafsu.
Sepatutnya boleh sahaja guna air yang sedikit. Buka air kecil sahaja, ambil pelan-pelan dan tertib. Boleh sangat berjimat dan bukannya membazir.
Orang boleh berwuduk dengan segelas atau sebotol kecil air, kita pula sebaldi.
Maklumlah air free.
Blog
/
Complaints
/
Peoples







Leave A Reply