Ketika saya menulis catatan ini, Konsert AF-9 sedang berlangsung di Astro Ria. Saya difahamkan yang ini adalah rancangan yang terakhir. Baguslah begitu, kerana bagi saya, rancangan tersebut hanyalah sekadar rancangan hiburan dan drama dan tiada impak yang besar dari segi kualiti artis yang dihasilkan kecuali drama simpati serta populariti yang sementara.
Sepanjang 8 tahun AF ke udara, saya hanya mengikuti rancangan ini secara rawak dan sekali sekala sahaja, itupun apabila tiada rancangan lain untuk ditonton. Saya juga tidak menonton diari AF kerana bagi saya drama di dalam diari tersebut akan mempengaruhi penghakiman saya secara peribadi terhadap peserta.
Bagi seorang pemain dan peminat muzik, saya akui hanya ada seorang atau dua peserta AF yang benar-benar berbakat, bagus dan berkualiti sepanjang 8 tahun AF ke udara. Tadi ketika sedang memasak di dapur (saya suka memanjakan isteri saya di hujung minggu)saya ada mendengar nyanyian beberapa orang peserta dan ianya amat mengecewakan lalu isteri saya pun menukar siaran, tengok cerekarama lagi bagus.
Adakah peserta-peserta lain kecuali 3 terawal yang saya tonton itu lebih bagus? ENTAHLAH..I Dont Know..Bagi saya, One in A Million atau Mentor lebih baik dari AF.
Nota :
Maaf, saya bukan anti AF, saya cuma mahukan sebuah rancangan mencari bakat atau penghiburyang berkualiti, bukan hiburan picisan yang bertujuan mengaut keuntungan dari undian sms hasil dari drama peserta dan bukannya kualiti nyanyian ataupun persembahan.









Leave A Reply