• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

AMARAN UNTUK AWEK YANG BERCITA-CITA NAK KAWIN MAT SALLEH

10/10/2015

Abang terima mesej dari seorang adik ni bertanyakan pendapat kat abang. Adik ni dok mesej abang sejak dia baru-baru kahwin dulu bertanya tentang pelbagai perkara. Namun mesej dia sebentar tadi membuatkan abang terfikir beberapa perkara dan abang rasa perlu abang pesan dan nasihatkan kepada adik-adik yang nak kahwin dengan orang asing dan tinggal di luar negara.

1. Paling penting – adik-adik semua kena tahu masak. Kalau tak tahu sila belajar segera. Ia bukannya untuk memenuhi selera dan tekak suami tetapi untuk anda sendiri. Duduk overseas jangan harap nak makan nasi dagang, nasi lemak, nasi kerabu, sate, ikan kembung goreng dan sebagainya, payah dik, payah. Jadi bila dah mengandung dan mengidam maka bercucuranlah air mata. Kalaupun tak boleh masak time mengandung at least boleh arahkan suami macamana nak masak untuk awak.

2. Cari bakal suami yang pandai masak atau masterchef macam abang ni. Awak nak makan apa semua boleh dik. Dulu bini abang ngidam sate lah, nasik kerabu lah, durian crepe lah, roti jala lah, murtabak lah, asam pedas lah, rainbow cake lah..semua abang tapau dik, bersilat abang kat dapur tu 24 jam sehari. Asal dia petik jer nak makan apa semua berehhhhh.

3. Hidup kena bermasyarakat dik. Kalau duduk oversea tu carilah rakyat Malaysia lain yang duduk berdekatan atau berjauhan pun tak apa. Berkenalanlah jadikan kawan dan jadikan sedara. Time-time adik ngidam tu maka telefonlah kakak tu cakap “Kak, tak ada buat makan-makan ke?” “Adik ngidam nak makan masak lemak daging salai dengan belimbing buluh lah” dan tunggulah reaksi akak tu macamana.

4. Duduk di dalam bandar dik, restoran pun banyak. Takde restoran Melayu kalu restoran Indon ada. Kalau tak jumpa sate sekurang-kurangnya jumpa tempe. Kalau di kampung-kampung di oversea tu payah benar nak cari kedai-kedai jual bahan mentah citarasa Asia ni apatah lagi restoran. Bukannya tak ada, tapi payah lah sikit. Dah jumpa kedai ada kedai jual taugeh, tempe, ikan kering lepas tu tak reti masak pun tak guna dik.

5. Kalau ngidam sampai termimpi dan mengigau jugak dik, maka awak beli tiket dan baliklah Malaysia. Kalau tak boleh balik maka Google lah resepi, suruh suami cari bahan-bahan dan paksa dia masak, kalau tak pun paksa mak mertua masakkan.

6. Kalau dah kawin jugak dik dan tak reti masak, suami pun bukan masterchef macam abang ni, duduk pulak nun jauh di ceruk kampung maka time mengandung dan mengidam maka awak kena pasrah dik. Awak tengok je lah makanan yang kawan awak post kat IG atau FB tu.

Itu jer yang abang nak pesan untuk adik-adik. Memang seronok dik dapat kahwin mat salleh dan duduk oversea. Tapi bila dah lidah dan tekak Melayu ni dik, paling kurang seminggu sekali nak jugak merasa nasi, apatah lagi bila mengandung. Yang tak pernah makan budu pun mengidam budu.

Maka waktu tu menyesal pun dah tak guna.Ingat yer?

Ikhlas dari Abang Masterchef.

Share

Blog  / Experience  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved