Pagi tadi sarapan lagi dengan budak berdua tu.
Tiada pergaduhan, tiada drama dan juga airmata. Semuanya ‘smooth” sahaja bak kata orang putih sehinggalah depa mula bertanya.
“Daddy, why this thing is called ikan bilis?”
“Sebab memang nama dia ikan bilis. Kita kena panggil ikut nama dia lah”
“Ohh, but why they are small? Are they children?”
Adik pula sampuk.
“Where is their mommy and daddy?”
“Their mommy die too?”
Abang mencelah kembali.
“Why we catch them and make them crunchy and we eat?”
“Why we eat this with nasi lemak?”
“Why we called this nasi lemak?”
Dan soalan bersambung-sambung tanpa penghujungnya.
Jenuh jawab baqhang.
Tanya punya tanya punya tanya, masing-masing makan sampai habis. Daddy yang dok berharap nak jadi pekerja Majlis Bandaraya terpaksa melupakan hasrat tersebut.
Itulah.
Ada hari kau biarkan daddy kau kekenyangan melampau, ada hari kau biar daddy kau menelan liur sahaja. Sebab tak dapat makan dan sebab kering tekak melayan soalan.
Tengah hari nanti nak makan nasi Arablah.







Leave A Reply