• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Apa Dah Jadi Dengan Orang Malaysia??

11/08/2014

Saya perasan sejak semalam ketika check-in di hotel @The Royale Bintang dan selepas saya mula keluar masuk kedai-kedai di The Curve ni saya simpulkan yang orang Malaysia dah payah atau tak reti lagi mengucapkan perkataan TERIMA KASIH.

Panjang saya nak menulis tetapi biarlah saya ringkaskan sahaja disini.

1. Check-in kat The Royale Bintang – dah banyak hotel bertaraf 4 bintang yang saya menginap di seluruh dunia, tetapi ini adalah yang paling teruk. Tiada “greetings dan thank you” dari receptionist. Tiada juga dari telephone operator, tiada juga dari room service dan tiada juga dari housekeeping. Semuanya tak reti ucap terima kasih apabila mengakhiri perbualan. Susah sangat ke nak sebut Hello atau Thank you kalaupun tak reti nak sebut terima kasih?. Tu belum kira bilik hotel yg tak berapa nak ada bintang. Tak padan dengan nama. Ada ke bayar bilik mahal tuala diberi 2 helai sahaja. Mana pergi hand towel? mana face towel? Bilik penuh dengan habuk, ambil gelas nak minum tengok habuk penuh atas rak kaca. Masuk bilik air nampak pulak bulu pubis atas mangkuk tandas..eeeeeeeee. Banyak lagi pasal keburukan hotel ni..tetapi akan saya tulis di dalam blog nanti berserta gambarnya.

2. Keluar masuk dari kedai ke kedai di dalam The Curve ni…hanya ada 2 kedai yang mengucapkan selamat datang dan terima kasih apabila kami keluar. Kedai2 lain sekadar menjeling apabila kami masuk dan apabila kami cakap terima kasih apabila nak keluar, ucapan kami dibalas kembali dengan jelingan. Wahhhhhh..baru kerja salesgirl dah berlagak yer dik! Mentang-mentanglah abang pakai selekeh hari ni korang tak layan yer.

3. Pergi Ikea – hajatnya nak makan meatball..sebab dah 3 tahun tak merasa. Tetapi disebabkan orang ramai dan meja kosong yang bersepah dengan pinggan mangkuk dan sisa makanan yang tidak dikemas..maka hajat dibatalkan. Beli 2-3 barang kat Ikea dan sama juga, tiada ucapan hello atau hi atau seumpama dengannya dan tiada juga ucapan terima kasih apabila selesai membayar.

4. Balik ke hotel dengan Khaleef sebab maknya nak jumpa kawan dan shopping lagi gamaknya..saya mendukung Khaleef sebab dia tak nak duduk dalam stroller (meragam sebab mengantuk), terkial-kial saya depan pintu hotel dan takde staff hotel yg nak tolong bukak pintu, ada guard cuma tengok jer. FYI hotel ni takde bellboy atau penyambut tetamu. Waktu check-in pun saya mengangkat sendiri semua barang yg banyak. Pergi breakfast pagi tadi pun disambut oleh pak guard Nepal kat breakfast area sambil tanya bilik nombor berapa. Rasa macam check-in hotel kat Nepal lah!

5. Dah masuk lif hotel, keycard pulak tak boleh pakai. Pergi ke reception, disapa dengan perkataan “Yes sir?” oleh receptionist dengan muka kelat yang sepatutnya berkata “Yes sir, how may I help you?”. Lepas diterangkan tentang kad yg tidak berfungsi lalu beliau pun berbuat sesuatu dgn kad tersebut dan terus berikan kepada saya tanpa sebarang kata-kata. Tiada maaf, tiada thank you, apatah lagi ucapan selamat…cuma jelingan yang macam nak marah.

Dimanakah budi pekerti orang-orang kita yang terkenal dengan sifat sopan dan santun?? Atau adakah perkataan atau ucapan tersebut hanya untuk mereka yang terkenal, banyak duit, berpakaian hebat-hebat sahaja makanya untuk orang biasa-biasa seperti saya ucapan tersebut tidak boleh digunapakai?

Atau mungkin ucapan selamat dan juga terima kasih kini tiada lagi di dalam S.O.P atau polisi di sesebuah hotel dan juga di premis-premis perniagaan di pusat membeli belah terkemuka di Malaysia.

ENTAHLAH..I Dont Know!

The New Royale Bintang Damansara The Royale Bintang , Penang THIS IS HOSPITALITY BUSINESS. WAKE UP!

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved