• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Apa Yang Ada di Atas Eiffel Tower?

12/09/2015

Saya sedang menyelongkar album untuk mencari gambar bagi dimuatkan di dalam buku saya yang akan berada di pasaran tak lama lagi dan terjumpa banyak gambar ketika di Paris terutamanya di Eiffel Tower.

Sudah 3 kali saya mengunjungi menara tersebut tetapi hanya sekali sahaja saya naik hingga ke puncak. Bagi yang belum berkesempatan untuk pergi ke Paris atau yang dah pergi tetapi tak berkesempatan untuk naik ke puncak, saya kongsikan beberapa keping gambar yang saya ambil dan juga 10 fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai Eiffel Tower atau La Tour Eiffel di dalam bahasa Perancis.

1. Direka oleh Alexandre Gustave Eiffel pada 1889 sebagai gerbang masuk ke pertunjukan Ekspo Dunia di Paris bagi merayakan ulangtahun ke 100 Revolusi Perancis. Ia dijadual untuk dirobohkan pada 1909. Namun kegunaannya ditukar sebagai menara pemancar radio lalu terselamat daripada diroboh.

2. Gustave EIffel juga adalah jurutera yang merekabentuk tulang belakang Statue of Liberty.

3. Terdiri dari 3 tingkat dan terdapat 1665 anak tangga dari bawah hinggalah ke puncak. Dengan ketinggian 324 meter, ia merupakan bangunan tertinggi di Paris.

4. Terdapat sebuah apartment di puncak menara untuk kegunaan jurutera yang merekabentuk menara terebut iaitu Gustave Eiffel. Anda boleh melihat apartment tersebut jika anda naik ke puncak.

5. Ketinggian Eiffel Tower akan bertambah atau berkurang sekitar 15cm ketika cuaca panas atau sejuk.

6. Terdapat 20ribu mentol lampu yang akan berkelip selama 5 minit setiap jam bermula pada awal malam sehingga jam 1 pagi setiap hari.

7. Terdapat hampir 30 replika Eiffel Tower di seluruh dunia.

8. Terdapat 349 kes kematian akibat bunuh diri di menara ini semenjak ia dibuka pada tahun 1889. Kebanyakan kes adalah terjun dan gantung diri. Namun banyak juga kes yang terjun dari tingkat 1 tetapi tidak mati.

9. Eiffel Tower akan dicat kembali setiap 7 tahun. Berat cat yang digunakan adalah bersamaan 10 ekor gajah.

10. Sehingga ke hari ini ia dikunjungi hampir 7 juta pelancong yang naik ke puncaknya setiap tahun dan menjadikannya monumen berbayar paling ramai dikunjungi di dunia. Lebih 250 juta orang mengunjunginya sejak ia dibuka.

La Tour Eiffel.
Gambar ketika pembinaannya pada tahun 1887.
Statue Alexandre Gustave Eiffel, jurutera yang merekabentuk dan membina menara tersebut.

 
 Orang ramai beratur untuk membeli tiket naik ke Eiffel Tower.

 
 Tiket untuk naik sehingga ke puncak ketika itu berharga €14 seorang dewasa. Kalau naik sampai tingkat 2 sahaja murah sikit kot.
 Pemandangan dari tingkat 2.
 Pemandangan dari dalam lif untuk naik ke puncak.
 
 Gustave Eiffel Apartment di puncak menara. Thomas Alva Edison, seorang pencipta terkemuka. Kelihatan di atas meja di hadapan patung wanita tersebut adalah alat Phonograph yang dihadiakan oleh Edison kepada Eiffel.
Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Places  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved