Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai makanan, bukan bidang dan kepandaian saya. Seumur hidup saya tidak pernah masak asam pedas. Tetapi, resepi asam pedas oleh Puan Sarina Saad (resepi ibu beliau) yang berasal dari Kg. Morten Melaka ini sungguh sedap. Nampak ringkas, kosong, tapi sedap.
Sekiranya anda ingin mencuba, berikut adalah resepi yang diberi oleh Puan Sarina kepada saya. (Saya hanya salin dan tampal “copy & paste” resepi yang dihantar kepada saya melalui facebook disini)
Bahan-Bahan
1. Bawang Merah 5 ulas
2. Bawang putih 3 ulas
3. Chili kering blend 5 sudu (ikut suka tahap kepedasan )
4. Belacan seinci
Bahan 1,2, 4 blend sekali…
5. Serai 2 btg titik kan dgn lesung
6. Lengkuas seinci titik kan jugak
7. Daun limau perut carik2 kan
7. Kunyit serbuk kalau tak ada kunyit hidup blend sekali dgn bawang..
Cara-Cara
Tumiskan semua bahan di atas sehingga garing. Dah agak2 bersin tak tahan..masukkan air asam jawa..ikut suka kalau bahannya ikan cairkan sikit. Kalau ko nak masak asam pedas ayam atau daging ko pekatkan sikit…dah mendidih masukkan ikan, ayam atau daging… Jgn lupa masukkan garam n gula sikit (aku tak pakai pak aji so pakai gula)…Taraaaaa…dah siap.
[quote style=”1″]Nampak ringkas, kosong, tapi sedap.[/quote]
Taraaaa…ini yang saya sediakan.
Sedap sungguh makan nasi panas sambil menghirup asam pedas ni. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Puan Sarina. Lepas ni bagi resepi lain pulak yer.
NAK TENGOK RESEPI SAYA YANG LAIN? KLIK DI SINI
Sebelum makan asam pedas, saya makan yang ini di sebelah petangnya.
Pan Grilled Lamb
Resepinya senang sahaja. Bersihkan kambing (bahagian “rib”) dan buangkan lemak-lemak yang berlebihan. Perapkan dengan garam, lada sedikit madu dan perahan lemon selama 15 minit. Goreng di atas “frying pan” selama 8 minit, balik-balikkan agar garing di kedua belahnya. Selepas itu masukkan ke dalam oven yang telah di”pre-heat” dengan kepanasan 200darjah celcius selama 10minit. Keluarkan dan hidangkan bersama baguette dan salad kalau ada. Kalau nak hias, letaklah potongan lemon dan koriander. Taraaaaa….jadilah macam gambar di atas kalau tanpa hiasan.
Selamat mencuba.









21 Comments
Salam, pandainye you msk… mmg superb 😉 asam pedas org melaka mmg xboleh nak challenge la… hehee…
Marya,
ish..tidak ler pandai, takat masak untuk tekak sendiri bolehlah. Tapi asam pedas melaka ni (saya panggil asam tumis) memang sedap. Kalau asam pedas resepi orang Kedah macam saya tidak tumis.
OK. Terliurrrrrrr…~
Cuba beb…jangan terliur saja 😀
Assalamualaikum org jauh 🙂
Ya Allah asam pedas always being my favourite! Lama x pegi kg morten. dulu mase stay melaka slalu buat site visit kt kg morten…:)
Tapi kan asam pedas JOHOR lagi power…hehehe idup JOHORKU 🙂
Waalaikumsalam Mummy Adriana,
Oh..asam pedas johor lagi power eh?? boleh ler bagi resepi kat saya…nak jugak cuba.
Hye again …
serious ke nak? nanti insyaAllah ada masa me post kt my blog 🙂 gerek mmg sedap! hehe
Eh serious la. Put it up on your blog and share it with the world. 🙂
saya lagi suka asam pedas melaka, beberapa kali mkn kat restoran berdepan dgn dataran pahlawan..asam pedas melaka lain dari asam pedas johor..ni pun gigih ajak suami ke melaka semata nk mkn asam pedas~
1st time mkn asam pedas melaka,sy perasan rasa dia lain sikit,ada rasa serai n daun limau purut dalam kuah~
nk tenet susah nk cari resepi asam pedas melaka,kebanyakan asam pedas johor(da boring sbb duk kat JB)
Pn. Fadzilah,
Sila lah cuba resepi asam pedas ni..mana tau kot2 kena dengan selera puan.
harus nk buat utk mkn mlm ni…
Harussssss 🙂
nk anta report…dah buat pun td utk mkn mlm,tp lauk ayam la,suami kurang gemar mkn ikan,sy tambah daun kesum dan bunga kantan,wajib ada dlm asam pedas..memula suami rasa dan ckp sama je mcm asam pedas johor…dlm hati kecewa,takkan la takde kot..msg2 senyap mkn,pastu dia tambah nasi,tambah lauk,pastu tambah lagi kuah,lama2 dah jd banjir pinggan,nasi tak cukup..last sekali meratah hirup kuah kat pinggan..kahkah~masa tgh panas tak rasa sgt,bila dah sejuk sikit baru naik bau dia,mmg terbaik la resepi ni..hikhik~
Wahhhh…kemain lagi yer. Tapi betul tu…memang molek kalau ditambah daun kesum dan bunga kantan tu. Tapi saya kat sini payah sikit nak dapat kedua2 tu..daun kesum ada..bunga kantan takde langsung.
NAMPAK SEDAP SANGAT.
setiap kali tgk entry masakan awk, selalu buat saya juga ingin memasak. tapi keinginan jelah, kesungguhan belum tiba lagi. haha.
*saya menetap di melaka, dan dpt peluang merasa pelbagai versi asap pedas. semua sedap, kalau ikut tekak saya yang tak memilih ni la. hehe
Assalamualaikum,
saya org Kelantan, suami org Johor, mmg asam pedas Johor power!! anak2 cicah dgn roti jgk… tp saya nk buat jgk asam pedas Melaka ni, nk guna daging tetel…mesti terangkat
Waalaikumsalam,
Wahhh..mkn asam pedas cicah roti jer ehh. Sedap tu. Kalau guna daging tetel tu saya pun rasa terangkat 🙂 selamat mencuba.
Disebabkan terliur, saya masak kedua-dua resepi ini..asam pedas,semalam, ‘lamb chop’ ahad lepas..tapi saya tak guna oven, guna pemanggang ajaib 🙂
Qider,
Wahhhh..dua2 sekali 🙂 Saya masih kagum dengan pemanggang ajaib..selalu dengar tapi tak pernah tengok sendiri bagaiman ia berfungsi. Tgk dlm gambar tu ada lah.
asam pedasdr melaka memang power kelazatanya terbaik..