• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Baby Box

18/06/2019

Masih terbayang dengan jelas sewaktu semua anak-anak saya dilahirkan.  Seronok dan teruja.  Setiap kali ada kelahiran, pasti seronok sangat arwah isteri nak cari baju baru.

Taknak dia pakaikan baju lama untuk baby baru.  Semuanya nak baru.  Maklumlah, nakkan yang terbaik buat anak-anak.  Mujur kami ada kemampuan dan rezeki kami dicukupkan.

Namun bila tengok ada juga baby yang baru lahir tetapi berselimut dengan kain yang nampak usang, dipakaikan baju yang juga sudah usang, rasa hati bagai dihiris pula.  Sedih melihat bayi yang baru dilahirkan itu tak dapat pakaian baru buatnya.

Namun hakikatnya begitulah, tidak semua orang mampu dan tidak semua dicukupkan rezeki buatnya.  Ada yang hendak membeli pakaian untuk baby yang baru lahir pun terpaksa berfikir panjang atau mengikat perut demi untuk anak-anak yang lain.

Mahukah kita membantu dan menggembirakan mereka?

Dengan hanya RM30 sahaja, kita dapat menaja set pakaian dan kelengkapan untuk seorang bayi.  Atau kalau tak mampu sebanyak itu, RM1 atau RM10 atau berapa sahaja cukup bermakna buat pihak Babybox Malaysia yang sering membantu menaja set kelengkapan buat bayi baru lahir.

Sesungguhnya, dengan sumbangan kecil kita semua ianya dapat menggembirakan mereka yang kurang berkemampuan bagi melengkapkan keperluan bayi dan anak-anak kecil mereka.

Untuk pengetahuan semua, setiap kotak babybox bukan sekadar mengandungi pakaian, ia juga turut diisi dengan pelbagai kelengkapan dan keperluan bayi.

Semenjak penubuhan pada tahun 2015, pihak Babybox telah berjaya mengagihkan lebih dari 3,000 kotak keperluan bayi kepada keluarga yang memerlukan.

Marilah kita sama-sama menyokong usaha murni Babybox Malaysia.  Boleh ke page mereka seperti link di bawah dan lihatlah segala hasil usaha mereka dan like page mereka.

https://www.facebook.com/projekbabybox
https://www.facebook.com/projekbabybox
https://www.facebook.com/projekbabybox

Besarlah harapan agar kita semua dapat turut serta menyumbang bagi melancarkan usaha mereka membantu mereka yang tidak bernasib baik ini.

Nombor akaun mereka ada di dalam gambar.

Semoga bersamanya terus mengalir pahala buat kita semua.

Aminn.

#Babybox

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved