• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bad Girls go to Amsterdam (18SX)

03/04/2013

Sempena cuti Easter yang lepas – saya bersama isteri dan seorang rakan berkunjung ke Netherland. Tempoh pemanduan adalah lebih kurang 5 jam. Bertolak dari Frankfurt pada jam 12 tengahari dan tiba di Den Haag ( The Hague) di mana terletaknya International Court of Juctice (ICJ) pada jam 5 petang.

Umum mengetahui yang Netherlands atau Belanda atau juga dipanggil Holland adalah sebuah negara yang cantik yang terletak di bawah paras laut. Terkenal dengan bunga tulip, kincir angin serta industri seksnya – Belanda dipenuhi pelancong sepanjang tahun.

Namun ketika menjelang bulan Mei, ramai lagi pelacong akan menyerbu masuk ke Belanda terutamany di Keukenhof bagi menikmati pemandangan tulip yang sedang berkembang di musim bunga.

[quote]Good girls go to heaven and bad girls go to Amsterdam[/quote]

Namun, itu di siang harinya – di sebelah malamnya daerah lampu merah (Red Light District) di bandar Amsterdam dipenuhi ribuan pelancong samada bersendirian, berpasangan atau berkumpulan besar dengan diiringi pemandu pelancong akan memenuhi lorong-lorong yang berselirat di RLD.

Pepatah mengatakan “Good girls go to heaven and bad girls go to Amsterdam”. Mengapakah begitu? Industri pelancongan seks di Amsterdam dan juga bandar-bandar lain di Belanda adalah dibenarkan dan juga berlesen. Jadi pekerja seks dan pelancong tidak bimbang tentang keselamatan dan sebagainya. Pekerja seks dapat bekerja dengan bebas tanpa gangguan. Jadi berlonggoklah gadis-gadis nakal datang ke Amsterdam untuk bekerja di dalam industri seks ini. Namun bagi saya pepatah yang sebeulnya adalah “Good boys go to heaven bad boys come to Amsterdam” untuk mencari hiburan.

[quote]Why drink and drive while you can smoke and fly[/quote]

Selain itu, ganja juga adalah “halal” di Belanda. Anda boleh masuk ke kedai kopi dan mintalah menu untuk menikmati ganja kegemaran anda – samada berbentuk asli ataupun di dalam minuman dan juga makanan seperti kek ganja. Orang Belanda juga mengatakan “Why drink and drive while you can smoke and fly” bagi menunjukkan yang ganja adalah lebih hebat di sana.

Namun begitu terdapat banyak tarikan lain di sekitar Amsterdam terutamanya bagi peminat bunga, senibina, jurutera dan lain-lain. Keukenhof, sekitar 30 minit dari Amsterdam adalah tempat yang menjadi tumpuan utama ketika musim bunga bagi peminat tulip. Bagi peminat senibina (architecture) pula, bandar Amsterdam menjanjikan seribu satu keindahan untuk diteroka.

Tetapi agak kurang bernasib baik tahun ini bagi para pelancong kerana musim sejuk yang terlalu panjang. Tulip masih malu-malu untuk menunjukkan bunganya. Pada tarikh yang sama di tahun lepas, bunga sudah mekar berkembang dan suhu adalah sekitar 11-18 darjah celcius. Namun pada tahun ini – kedatangan pelancong disambut dengan salji dan sejuk yang melampau sekitar negatif 2 hingga 5 darjah celcius. Jadi..untuk berjalan-jalan adalah tidak seronok.

Berikut adalah sedikit gambar yang sempat saya rakamkan untuk anda semua.








Lagi gambar di facebook page saya

Saya malas untuk menulis dengan panjang lebar memandangkan kerja yang terlalu banyak. Saya cuba menyiapkan entri ini secepat yang mungkn jadi saya dapat menyambung ker-kerja yang tertangguh. Lagipun kata orang “A picture is worth a thousand words) – jadi lebih baik gambar yang bercerita bagi pihak saya.

Jadi, gambar manakah yang paling banyak bercerita kepada anda? ENTAHLAH..I Dont Know.

signature

amsterdamcanalclogden haagganja halalkasut kayukeukenhofkhairulkhairul abdullahkincir anginred light districtterusanthe haguetulipswindmills
Share

Blog  / Knowledge  / Peoples  / Places  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017
Secara Tak Sedar Kita Ambil Hak Orang
05/12/2016

37 Comments


kakbatek
03/04/2013 at 10:33 pm
Login to Reply

we all spend a couple of days kat sana about 10 yrs ago. dah tak berapa ingat tapi pengunjung yg ramai, hostel yg mahal, parking susah but one thing those pics surely shows, sangatlah bersih tempatnya. bilalah tempat kita nak ada terusan sejernh itu.



    Khairul Abdullah
    04/04/2013 at 10:22 am
    Login to Reply

    Kakbatek,

    Betul..pengunjung sangat ramai, parking sangat mahal – sekitar RM120-150 utk 3 jam. Sangat bersih tu tidaklah..its quite clean..but i would say my city Frankfurt is cleaner :)or Tokyo or Copenhagen is the cleanest.

    Sungai Klang & Gombak yang dua tu pun kita tak terjaga..macamna lah nak jaga terusan yang berselirat di dalam bandar yer.

ladywindsor
04/04/2013 at 3:02 am
Login to Reply

Setuju dgn kakbatek..clean environment sungguh depa ni kan..nak tengok puntung rokok sebatang pun susah dan sepanjang beberapa hari di sana pada tahun 2007, saya tak nampak pun ada orang meludah sesuka hati. Paling best bila petang berleisure leisure naik cruise kat canal sambil makan biskut kering dan cheesenya yang pelbagai rasa..ahaa saya tak sempat berfoya-foya di RLD sebab dalam group kami tu ada sorang budak bawah umur..hik! Kalau ada peluang nak visit Holland lagi..tunggu tabung tak penuh-penuh acane ni tuan tanah..kikiki!



    Khairul Abdullah
    04/04/2013 at 10:28 am
    Login to Reply

    Haha..kalau pegi RLD then you will see org meludah sesuka hati..org muntah sesuka hati…org bogel sesuka hati buang sampah sesuka hati, kencing sesuka hati dan sebagainya lagi yang menyukakan hati mereka. Most of main tourist attraction area you wouldnt see that (except RLD).

    Bila nak penuhnya tabung kalau kena pecah di tengah jalan..acane tu?

      ladywindsor
      04/04/2013 at 12:48 pm

      omg ya ke RLD itu begitu sekali rupa kelakuan orang-orang di situ? Tak rugi lah saya tak sempat jenguk lokasi itu dulu. Rupa-rupanya ada juga kawasan kotor di Holland, ingatkan semua clean.

      Kena buat tabung kecil-kecilan lah supaya tak perlu pecahkan yang besar..standby ye tuan tanah bulan jun ni ada orang ketuk pintu rumah..haha

        Khairul
        04/04/2013 at 1:21 pm

        Yer…kebanyakkan orang mabuk lah.Tak rugi pun tak jenguk situ…tetapi..itulah satu-satunya tempat kat dunia ni yg ada macam tu..kat lain tak jumpa. So agak rugi jugak kalau dah sampai tapi tak gi tengok 🙂 RDL adalah sama jer mcm tempat tourist attraction yg lain – group2 pelancong (kecik besar tua muda)akan pegi bersama tour guide yg memegang bendera kecil (sebagai tanda ahli rombongan dan senang cari kalau sesat) spt yg kita sering nampak di kawasan lain.

        Bulan Jun? serious?

          ladywindsor
          18/04/2013 at 1:24 pm

          Setakat ini kalau ikut perancangan, Jun adalah pilihan..i let u know then if the schedule is changing..but if u hv any biz on that particular time, pls carry on, no worries.

            Khairul Abdullah
            18/04/2013 at 4:38 pm

            Jun is fine with me. No probs. Just let me know in advance if confirmed, sebab nak sediakan apa yg patut and nak arrange my schedule too.

eza
04/04/2013 at 3:47 am
Login to Reply

saya suka tgk gambar windmil..cantik sangat view dia..nk tanya utk tourist dia ada kad I amsterdam city card..berbaloi ke kalau beli for 2 days trip? nampak mcm byk diskaun yg dia bagi…



    Khairul Abdullah
    04/04/2013 at 10:36 am
    Login to Reply

    Eza,

    I amsterdam city card tu paling mahal berharga Eur62 valid utk 3 hari. U akan jimat almost half. Means kalau u belanja utk train, museum, canal etc sepenuhnya utk 3 hari tu u will probably spend around Euro120 or more at least. So berbaloi. Unless u tak nak naik train (possible to walk around) tak berapa suka nak masuk muzium..then tak payah ambik lah. Canal cruise cuma Eur10-15. Tiket muzium from free to Eur10 jer. Train tak perlu..boleh jalan kaki.

    Plan your trip and do the maths..so you will know whether u need the card or not.

      eza
      05/04/2013 at 6:11 am

      tqvm for the info…punya la berangan sakan dah nak kesana..last2 opis decide pergi Perth…jimat kata boss hahaha…tak sempatla nk posing dalam kebun tulip kat Keukenhof tu..

        Khairul
        05/04/2013 at 11:19 am

        Eza, takpe lain tahun boleh datang 🙂 Enjoy Perth yer.

su
04/04/2013 at 4:41 am
Login to Reply

haishh… bg saya, nampaknya hanya mampu berangan sahajalah hendak ke sana. dari kecik, saya suka baca tentang belanda, the windmill, the beauty tulip dan RLD.. oh, very the amazing.. hehe



    Khairul Abdullah
    04/04/2013 at 10:39 am
    Login to Reply

    Su,

    Berangan tu kalau tukar jadi cita-cita akan boleh jadi kenyataan. So semoga Su akan sampai ke sana satu hari nanti. Ameen.

blu4sky
04/04/2013 at 5:36 am
Login to Reply

salam khairul,
mengamit kenangan sungguh gambar2 tu..buat saya rindu zaman study 🙂
antara kenangan yg takle lupa kat holland bila jumpa “halal pork sate”..sampai skrg dok pikir tang mana halalnya..hahahah..



    Khairul Abdullah
    04/04/2013 at 10:41 am
    Login to Reply

    Salam Blu,

    Satay tu jadi halal sebab Ba** tu disembelih, bukan kena renjatan elektrik :)Hahaha..macam2 kan?

      blu4sky
      04/04/2013 at 12:35 pm

      hahaha.. jawapan yang bernas..

Eliza
04/04/2013 at 6:42 am
Login to Reply

I love the scenery especially the windmills and tulips. Nice!

Pernah terbaca satu artikel mengatakan Belanda diikhtiraf negara indeks rasuah paling rendah dlm dunia. Well, if its true…thats impressive. Don’t you think so, Khairul?



    Khairul Abdullah
    04/04/2013 at 11:06 am
    Login to Reply

    Eliza,

    According to 2012 perception index, the most clean country from corruption is:
    1. Denmark
    5. Singapore
    9. Netherlands
    13. Germany
    54. Malaysia

    What do i think? I think Malaysia is not bad compared tu other 120 countries below us from 174 countries all together:)

      Eliza
      05/04/2013 at 6:38 am

      Khairul,

      Info yg baik. Yg menariknya di senarai tsb, kebanyakan negara2 yg bersih corruption (to make it zero corruption might be impossible) adalah negara maju dan bukan Islam. Pujian harus diberikan kerana mereka punya kesedaran awam yg amat tinggi dlm konsep ‘humanitarian’ dan ‘fighting corruption’. Sebabnya mrk tahu dua perkara ini adalah sgt2 penting dlm pembinaan Tamadun manusia dan Negara bangsa. Demi kemajuan negara dan generasi akan datang.

      Cth mudah yer~ Belanda, negara bawah paras laut dan dikelilingi oleh air. Teknologinya byk kpd binaan empangan dan terusan yg kukuh/berkualiti. Apa akan terjadi sekiranya terdapat kepincangan dlm penggendalian teknologi2 yg tidak ikut spesifikasi dan tender yg betul? Ia akan melibatkan keselamatan Negara dan nyawa org awam.

      Manakala ‘moral activities’ dan industri seks bagi mereka hanya dikaitkan sbg ‘individualism’. Iaitu hubungan dosa individu dengan tuhan.

      Secara peribadi, saya mengharapkan satu hari nnt ada Negara Islam spt M’sia dpt berada di ranking at least top ten. Taknak bandingkan dgn negara yg lebih teruk tapi kita perlu berada di tangga yg lebih baik demi kemajuan Negara dan kebaikan Ummah. I STAND CORRECTED. 🙂

        Khairul
        05/04/2013 at 11:22 am

        Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan menjadi top 10. Negara kita masih muda dan negara mereka sudah 50-100 tahun di hadapan kita.

m.u.l.a.n
04/04/2013 at 1:41 pm
Login to Reply

kami drive thru je amsterdam 2 yrs ago.. memang bersih..!! kurang suka bandar2 besar.. byk habiskan masa kat edam dll.. lepak tepi sungai, tengok windmill dll.. subhanallah sangat cantik..



    Khairul
    05/04/2013 at 11:23 am
    Login to Reply

    Ohh gitu. Pada pandangan saya..kawasan kampung2 di Holland adalah lebih cantik dan bersih berbanding Amsterdam.

murni alfathunnisa
05/04/2013 at 7:23 am
Login to Reply

salam..
Amsterdam cantik. Tahu pasal tulips..and the architectures yang menarik. But tak berapa tau pasal red light district..sex industries etc. Tq for sharing this..
saya suka gambar kincir angin tu. Sangat “belanda” pada hemat saya.



    Khairul
    05/04/2013 at 11:27 am
    Login to Reply

    W’salam Cik Murni,

    Yer..kincir angin tersebut memang sangat Belanda :). And for the sex industry like that (very open to public/visitor/tourist)..it is unique.

Edalina Rabani
06/04/2013 at 11:12 pm
Login to Reply

wooww… your photo almost makes me think I am right there..handsome!



    Khairul Abdullah
    07/04/2013 at 12:56 am
    Login to Reply

    Well..glad to hear that 🙂

Ayu
16/04/2013 at 7:23 am
Login to Reply

Assallammualaikum Encik Khairul,

Saya nak tanya tentang makanan halal di Amsterdam.. Dari pengalaman Encik Khairul, mudah @ tidak untuk mendapatkan makanan halal di sana? Cadangnya nak ke sana bulan Mei ni.. Harap dapat berikan sedikit penerangan ye.. Terima kasih banyak2.. 🙂



Khairul
16/04/2013 at 11:24 am
Login to Reply

W’salam Ayu,

Bulan Mei di Holland adalah waktu puncak – ramai pelancong dtg nak tengok tulip dan juga sambutan Queen’s Day. Amsterdam sangat meriah ketika itu.

Tentang makanan – terdapat banyak restoran Indonesia dan makanan arab, turki dan sebagainya. Terdapat juga restoran Malaysia di sekitar Amsterdam seperti Wau dan juga Nyonya. Nyonya served a very delicious Char kuew teow…and other food like chicken rice etc.

Around town you will always discover halal restaurant. So need not to worries about food in Amsterdam.



    Ayu
    17/04/2013 at 9:58 am
    Login to Reply

    Terima kasih Encik Khairul, saya malas nak bawak makanan dari sini banyak2, buat berat bag.. haha.. Thanks again 🙂

      Khairul
      17/04/2013 at 10:41 pm

      No probs. Selamat bercuti saya ucapkan pada Ayu.

irfa
18/04/2013 at 3:25 am
Login to Reply

hahaha..kalau gitu saya penah la jd ‘bad girl’
tp x kisahlah..kalau ada rezki nak pegi sekali lagi sbb kali pertama pegi x de nampak sekuntum tulip pun



    Khairul
    18/04/2013 at 10:05 am
    Login to Reply

    Irfa,

    Hahah bad girl! Awak pegi bulan berapa tu samapi sekuntum tulip pun tak nampak?

Ayu Fatarina
05/06/2013 at 9:22 am
Login to Reply

Assallammualaikum En Khairul, kami sekeluarga dah selamat balik lebih kurang 2 ming.. Oh tak puas menikmati tulip & angin sejuk di sana, and like u said, halal food is everywhere!



    Khairul
    05/06/2013 at 10:20 am
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Pn. Ayu,

    Gembira mendengar yang anda sudah selamat pergi dan balik. Dah tgk blog awak. Full of information. Very nice. Kepada sesiapa yg nak berkunjung ke Amsterdam dan Brussels, boleh tgk kat blog Pn Ayu. http://ayufatarina.com

      Ayu Fatarina
      05/06/2013 at 10:36 am

      En Khairul,
      Syukur Alhamdulillah diberikan peluang oleh Allah untuk melawat Amsterdam.. Posting2 lawatan ke sana masih dalam bentuk karangan, tak sempat edit gambar lagi.. Tapi terima kasih, blog En Khairul banyak memberikan inspirasi untuk saya terus menulis & berkarya.. Semoga Allah juga memberikan idea yang tak putus2 & masa kepada En Khairul untuk terus menulis & berkongsi pengalaman berada di negara orang 😉

Riko
20/01/2016 at 12:27 pm
Login to Reply

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang – Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved