Mulai saat ini saya tidak akan lagi menjawab segala pm, email atau whatsapp yang tidak ada adab mahupun yang bahasa atau ejaannya memeningkan kepala saya untuk memahaminya.
Saya juga tidak gemar menjawab mesej yang berbentuk chatting. Beri salam kemudian tunggu saya jawab salam. Selesai saya jawab salam maka ditanya satu soalan. Selesai saya jawab diminta beri pendapat pula. Tolong tulis terus semua persoalan atau apa sahaja yang ingin anda luahkan terus di dalam satu mesej sekaligus.
Bila saya ada masa dan kelapangan maka saya akan jawab semuanya sekaligus juga. Namun pastikan saya boleh baca dan faham tulisan anda. Soalan yang terlalu umum dan saya tidak tahu menjawabnya juga saya tidak akan balas.
Sebelum ini saya cuba menjawab hampir kesemua mesej yang saya terima melalui pelbagai medium, namun setelah beberapa kali memberi nasihat tentang adab, cara bertanya, cara membalas dan sebagainya namun masih ramai yang buat bodoh atau sememangnya begitu maka saya terpaksa menghentikannya.
Jadi saya mohon maaf awal-awal kepada sesiapa sahaja yang mesejnya tidak saya balas.
Harap maklum.







Leave A Reply