Hari tu kami pergi shooting untuk majalah Keluarga pakai baju raya baru. Bukan main bergaya kami anak beranak dengan baju raya orang sponsor untuk tahun ini. Alhamdulillah, rezeki kan.
Warna yang kami pakai tu navy blue yer, segak kemain. Anak-anak yang pilih warna tu. Daddy ikut sahaja. Padahal banyak lagi warna lain yang hensem dan cun bila kena dengan kulit daddy ni.
Baju ni potongan dia “slim-fit”, sesuai dengan daddy yang ada perut ketak-ketak selambak ni. Nampak lebih kurus, lebih hensem dan lebih jitu, sesuai untuk sessi memikat di hari raya nanti.
Potongan selesa, kainnya pula sedap dan juga mudah dipakai sebab ada zip panjang di bahagian tepi. Nak pakai sahaja, bukak zip dulu, dah masuk terus zip, dan-dan tu dia melekat elok di badan dan menyerlahkan kehenseman.
Baju anak-anak pun banyak jenis, banyak saiz, banyak warna. Potongan dia memang ngam-ngam weh. Tak perlu risau nak kena potong kaki, nak alter bagai.
Ehhh, orang pompuan pun ada tau, baju sedondon untuk raya nanti. Habis satu keluarga sedondon seirama, seia sekata.
Cerita banyak pun tak guna lah, korang bawak seisi keluarga bertandang ke Butik Myka Exclusive di Bangi Sentral. Atau boleh usha-usha dulu apa yang berkenan di laman web diorang.

Hari Sabtu nanti diorang buat soft opening. Ada diskaun wehh. Pergilahhh.
Kami dah ada baju raya yay yay.
Korang bila lagi?







Leave A Reply