• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bakti Terakhir…Al-Fatihah

30/04/2011

Salam,

Semalam saya baru pulang dari kampung nenek saya di Baling, Kedah kerana menghadiri majlis pengebumian arwah ayah saudara saya yang meninggal akibat “stroke” pada usia 46 tahun dan meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak.

Pakcik saya dimasukkan ke ICU di hospital Alor Setar pada Hari Jumaat 22 April dan setelah genap seminggu bertarung nyawa dan akhirnya meninggal dunia pada hari Khamis malam Jumaat 29 April jam 10.30 malam setelah alat bantuan pernafasan yang disambungkan kepadanya dihentikan 10 minit sebelum itu. Keputusan untuk menghentikan alat bantuan pernafasan diambil setelah mendapat nasihat daripada doktor dan perbincangan dengan ahli keluarga dibuat. Menurut doktor, semua organ pakcik saya telah gagal dan tidak berfungsi dan beliau telah pun meninggal 3 jam sebelum itu dan hanya alat tersebut yang membantu pernafasannya.

Allahyarham Mohd Jafri Bin Abdul Rahman

Arwah pakcik dibawa pulang ke kampung halamannya di Kg. Jenalik Baling pada jam 12.00 malam dan tiba jam 3 pagi. Saya dan adik beradik dimaklumkan oleh ibu saya jam 10.45 malam dan kami bergegas pulang ke kampung.

Sepanjang perjalanan, saya mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil bermain dengan pakcik saya ketika beliau pulang dari sekolah dan saya masih kecil ketika itu. Beliau sering melayan saya bermain kereta kecil dan beliau menggunakan kotak mancis sebagai kereta. Sedih….

Paling sedih, melihat anak lelaki beliau Mohd Najmi yang berusia 15 tahun bertungkus lumus bersengkang mata menjaga ayah dan ibunya di hospital. Walaupun air mata sering mengalir di pipinya, dia tetap akan berjumpa dan bersalam dengan semua sanak saudara yang datang melawat ayahnya di hospital ketika ayahnya sedang koma. Bagi seorang anak yang baru berusia 15 tahun, saya kagum dengan beliau. Saya kagum dengan arwah pakcik serta makcik saya yang mendidiknya menjadi sebegitu.

Mohd Najmi

Setiba saya di kampung, saya melihat Najmi sedang membaca surah Yasin di sisi arwah ayahnya. Ketika saya berjumpa dengannya di luar rumah, dia datang bersalam dengan saya, mencium tangan saya lalu memeluk dan menangis. Sedih…

Paling sedih, melihat nenek saya. Nenek merasakan yang dia akan pergi dulu. Nenek sudah tua, sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat pelbagai penyakit. Namun umur nenek masih panjang. Namun semalam, nenek ditakdirkan untuk melihat anak lelaki bongsunya pergi dulu sebelum dia. Ketika nenek mengucup arwah pakcik, airmata lelaki saya mengalir deras.

Najmi datang duduk disebelah saya dan meletakkan kepalanya di bahu saya sambil berbisik..”Ayah dah tak ada..” Sedih…saya menggosok belakangnya. “Hari ini, Najmi kena berbakti kepada ayah untuk kali terakhir” kata saya. Najmi mengangguk.

Ketika arwah hendak dimandikan, saya memanggil Najmi untuk turut serta. “Najmi kena mandikan ayah, kafankan dan nanti kebumikan, kuatkan semangat ya”..pesan saya.

Saya bersama Najmi dan beberapa orang lain termasuk adik-adik saya membantu memandikan pakcik saya. Najmi dengan teliti menggosok dan membersihkan telinga, rambut, hidung leher dan belakang ayahnya. Sesekali air matanya menitis. Dia sering bertanya kepada saya sekiranya dia tidak pasti samada setiap anggota tubuh ayahnya sudah dibersihkan. Saya menggangguk bersetuju setelah melihat setiap anggota yang dibersihkannya itu sudah sempurna.

Selesai mandi, kami bersama-sama lagi mengkafankan arwah. Selesai kafan, semua sanak saudara di benarkan mencium arwah dan Najmi yang pertama dan diikuti oleh kakaknya dan 3 orang adik perempuannya yang lain dan ibunya.

Paling kagum dengan ibunya, tidak menitiskan airmata, menyembunyikan kesedihannya demi melihat anak-anaknya tabah untuk melepaskan ayah mereka pergi. Selesai kafan, sanak saudara serta sahabat handai memenuhi rumah untuk sembahyang jenazah. Sungguh ramai…

Ayah di tanya samada untuk menggunakan kenderaan jenazah atau usungan untuk ke kubur. Ayah mahukan usungan, ayah mahu setiap anak-anak saudara pakcik mengusungnya ke kuburan. Kami adik beradik bersama sepupu-sepupu yang lain bersama-sama mengusung arwah pakcik ke tanah perkuburan yang hanya kira-kira 350 meter dari rumah nenek.

Saya berpesan kepada Najmi yang ini adalah bakti teakhir beliau untuk hari ini iaitu mengebumikan ayahnya. Dia angguk. Najmi bersama 2 sepupu lain turun ke liang lahad dan menurunkan ayahnya lalu di baringkan di tempat persemadiannya yang terakhir sambil sekali sekala dilihat menahan esakan. Saya sedih..saya kagum.

Arwah pakcik saya selamat disemadikan jam 11.40 pagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancangkan. Selepas solat Jumaat, hujan turun dengan lebatnya.

Saya berpesan kepada Najmi, jagalah ibu dan adik-adik seperti dia menjaga arwah ayahnya.

Saya dan keluarga bertolak balik ke KL jam 5 petang.

Al-Fatihah untuk arwah pakcik saya Mohd Jafri Bin Abdul Rahman, semoga rohnya dicucuri rahmat.

arwahkafanliang lahadmandi jenazahmandi mayatmatimesin bantuan pernafasansakit jantungstroke
Share

Blog  / Experience  / Nostalgia  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

9 Comments


Rose Johari
30/04/2011 at 7:29 am
Login to Reply

Takziah En.Khairul. Semoga roh arwah pakcik En.Khairul dicucuri Rahmat dan diterima semua amalannya dan diampunkan dosanya di sisi ALLAH SWT. AMIN.



sabrina
30/04/2011 at 7:47 am
Login to Reply

semoga rohnya dicucuri rahmat..
takziah..



khairul abdullah
30/04/2011 at 8:02 am
Login to Reply

Terima kasih Rose & Sabrina. Aminnnn.



leyzajamil
02/05/2011 at 11:08 am
Login to Reply

salam takziah ye Khairul..keraplah berhubung btanya khabar dgn kluarga / ank2 Arwah..Al Fatihah.



khairul abdullah
02/05/2011 at 11:15 am
Login to Reply

Leyzajamil..terima kasih. Insyaallah saya akan.



Fatma Diyana MB.
04/05/2011 at 9:32 am
Login to Reply

takziah. semoga roh arwah dicucuri rahmat. aminn.

sedihnya entry ni 🙁



khairul abdullah
04/05/2011 at 9:41 am
Login to Reply

FD..Terima kasih…saya pun tulis entri ni dalam kesedihan..semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnn



Beb
05/05/2012 at 8:07 pm
Login to Reply

Sedih bace n3 ni.. Semoga anak2 yatim ini dilindungi.. Dan arwah di tempatkan di tmpt2 org
Yg beriman. InsyaAllah..

Alfatihah



    Khairul Abdullah
    05/05/2012 at 8:21 pm
    Login to Reply

    Beb,

    Terima kasih. Ameeeen.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved