Jom balik kampung.
Saya akan bertolak balik ke Kedah malam ini. Di harap agar kenderaan belum banyak lagi di atas jalan dan perjalanan saya lancar dan selamat.
Kepada yang akan pulang beraya samada hari ini, esok atau lusa, pesanan saya:-
1. Pastikan kenderaan anda “sihat” dan ada minyak yang cukup. Touch & Go pun kena ada duit dan Smart Tag ada bateri.
2. Pastikan semua penumpang tak kira kecil atau besar, tua atau muda memakai tali pinggang keselamatan (seatbelt).
3.Berhati-hatilah ketika memandu. Bertolak-ansur dengan pemandu lain.
4. Memandulah di lorong yang betul. Yang nak laju sekitar 110km sejam pandulah di lorong tengah. Yang nak pandu sekitar 90km sejam pandu di lorong paling kiri. Lorong paling kanan biarkan kosong utk pemandu lain memotong. Jangan sesekali guna lorong kecemasan.
5. Kalau ada kenderaan hendak memotong atau yang lebih laju dari anda – berilah laluan untuk beliau memotong. Mungkin dia ada sebab untuk laju tu.
6. Kalau mengantuk berhentilah berehat sekejap.
7. Jangan tinggalkan kereta kosong tanpa ada orang menjaganya. Maklumlah banyak kes kereta rosak tiba-tiba kat highway akibat perbuatan khianat.
8. Apabila dah sampai kampung, peluk dan ciumlah ibu bapa anda (kepada yang masih ada). Kalau yang dah tak ada, kenanglah dan doakanlah mereka.
9. Kalau anak-anak nak main bunga api atau mercun pop pop dan sebagainya – sila main sekali dengan mereka sambil memberi nasihat tentang do’s and don’t apabila bermain.
Pesanan ini adalah untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan semua. Semoga raya kita tahun ni best sokmo.
Jemput datang ke rumah saya.







Leave A Reply