• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Balik Kampung

28/12/2018

Bangun pagi tadi tiba-tiba teringat kampung.  Rindukan mak dan abah barangkali.  Selesai bersiap anak-anak mula bangun.

Khaleef tiba-tiba pula bersuara.

“Daddy, I miss Maktok.”

“Why you miss Maktok?”

“I love Maktok, so I miss her lah.”

“Ohh ok.  You wanna go and see her?”

“Yes, please.”

Baiklah nak.  Rindu pada Maktok, daddy boleh tunaikan tapi kalau rindu pada mommy, daddy tak boleh nak buat apa.

Daddy pun dah lama sangat tak balik kampung ni.

Jadinya dari bersiap-siap nak ke sekolah terus bersiap untuk balik kampung.

Siap goreng nasi dan nugget untuk dijadikan bekalan.  Memandangkan kesukaran mengawal 3 budak lelaki serentak, semestinyalah saya tak akan berhenti rehat di mana-mana.  Jadi perlulah ada bekal.

Mujur semuanya baik-baik sahaja sepanjang perjalanan.  Baby Khaleed bila dah masuk carseat dan kena susu sebotol maka tidurlah dia hampir sepanjang jalan.

Hanya Khaleef dan Khaleel terus berjaga dan jadi teman menyanyi.

5 jam dan 425km kemudian kami sampai dengan selamat di sambut oleh Maktok dengan memeluk gembira cucu-cucunya.

Kegembiraan jelas terpancar buat Khaleef dan Khaleel yang kini sedang main air usai tamat acara kejar ayam keliling kampung.

Alhamdulillah.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved