Okay dah ada cerita.
Tadi pi lah jugak bazaar sebab Khaleef dok merengek nak makan sate banyak hari dah. Jadi sebelum ambik diorang di tadika tadi saya singgah sekejap.
Tengah nak masuk parking tiba-tiba nampak kereta tepi saya nak keluar, lalu saya undur sikit bagi ruang supaya mudah untuk dia. Moga-moga dapat pahala lah.
Lepas tu dia pun keluar dan lalu tepi kereta saya.
Sekali dia turunkan cermin, ya Allah awek cun rupanya. Dia angkat tangan dan hadiahkan senyum yang paling menawan di dalam dunia kepada saya yang sedang terpana dan terkebil seketika.
Saya memandang senyumannya tanpa berkelip. Kan korang yang kata kalau pandangan pertama tu rezeki. Maka saya tidak berkelip sehinggalah dia hilang dari pandangan.
Sesungguhnya saya tiada perasaan apa-apa pun ketika memandang wajah cantik dan senyuman menawannya.
Sungguh.
Ini kerana saya sedang berpuasa dan iman saya utuh dan kuat.
Langsung tidak goyah.
Begitulah.







Leave A Reply