• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Before You #BuyMuslimFirst

03/09/2019

Ada 7 perkara penting yang kita semua kena buat di dalam menyokong usaha #BuyMuslimFirst.

Para peniaga Muslim samada menjual produk ataupun servis perlu:

1. Tingkatkan kualiti produk – Hasilkan produk yang terbaik.  Biar mahal sedikit tetapi berkualiti.  Kalau produk makanan mohon jaga kebersihan, jaga halalan toyyiban tu.  Lepas tu jual karipap jangan inti angin.  Jual nasi lemak jangan letak ikan bilis seekor jer.  Niat sedekah sama.

2. Tingkatkan kualiti khidmat pelanggan – Bagilah servis yang terbaik seperti mana yang kaum lain beri.  Depa boleh senyum dan ada yang siap boleh akad jual beli, takkan kita tak boleh.  Bila ada komplen dari pelanggan mohon ambil berat, mohon baiki.  Berniaga tu sambil senyum, boleh?

3. Tingkatkan kualiti sistem – Janganlah sampai pelanggan mengamuk sebab barang lambat sampai.  Jangan sampai pelanggan menunggu lama di kedai sebab servis lambat atau kita tersalah rekod appoinment dan sebagainya.  Sistem kerja, sistem akaun, sistem appointment atau apa sahaja kena tip-top.

4. Buang sifat “Janji Melayu” dalam diri.  Tepati masa.  Tepati masa.  Tepati masa.  Lemah betul kalau ada appointment atau berjanji masa dengan peniaga Melayu.  Jangan berjanji benda yang tak boleh.  Kalau tak boleh katakan tak boleh.  Jangan sebab nak bisnes sampai berjanji bulan dan bintang tetapi tak boleh deliver.

Kita pula sebagai pengguna atau pembeli perlu:

1. Tak mintak diskaun – bukan tak boleh tetapi janganlah melampau.  Kalau kawan tu kata tak boleh maka cukuplah.  Jangan siap perli-perli kawan tu.  Dia pun nak pergi haji jugak, bukan kita jer.

2. Jangan membanding – Jangan asyik banding produk kawan tu dengan produk lain atau yang antarabangsa.  Mungkin buat masa ini kualiti belum lagi setaraf.  Kita sokong dulu, bagi peluang.  Moga dengan sokongan kita produk dia laku dia boleh beli mesin lebih canggih, boleh tingkat produktiviti dan kualiti dan secara tak langsung dapat menurunkan harga.

3. Tak berkira – kalau barang yang dia jual beza dua tiga puluh sen berbanding dari yang bukan Muslim maka kita beli jugak.  Yang lebih anggaplah sebagai sedekah untuk membangunkan agama.

Cukup 7 tu dulu. Yang lain korang tambahlah nanti.

***

Rasanya itu perkara utama yang boleh kita sebagai peniaga atau pengguna buat.  Semoga ekonomi bangsa dan agama kita akan lebih kukuh dan terbela.

Siapa lagi nak bela dan bantu peniaga kita kalau bukan kita.

Nak harap kerajaan?

Sekian.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
#BuyMuslimFirst
#BMF

Share

Blog  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved