• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bekas Majikan Paling Kool

19/04/2017

Waalaikumsalam Saudari XXXXXX,

Tahniah kerana anda kini sudah berjaya mendapat tempat untuk menjalani latihan praktikal atau internship anda.

Hubungilah mereka dan ucapkan terima kasih, namun tidak perlu bertanya sebarang skop kerja yang perlu anda lakukan. Ianya akan diberitahu kepada anda di hari pertama anda mendaftar nanti.

Apa yang perlu anda buat adalah study atau buat research pasal syarikat tersebut, apa bisnesnya, bagaimana operasinya, siapa bosnya dan sebagainya. Kalau mereka ada website maka bukalah web mereka dan baca semua yang ada. Kalau mereka ada media sosial seperti Facebook dan sebagainya maka buka dan study semua post2 mereka.

Dengan itu anda akan faham tentang mereka.

Majikan sangat suka dan berbesar hati dengan orang luar atau pekerja baru yang faham dan kenal syarikat. Jadi anda sedikit sebanyak akan dapat tahu apa yang anda akan hadapi nanti.

Nanti bila dah masuk maka anda akan diberitahu skop kerja anda dan semua kerja yang patut anda lakukan. Anda juga akan diberitahu segala peraturan syarikat.

Namun jika tidak diberi sebarang kerja, maka tanyalah kepada supervisor anda atau boss atau sesiapa yang berada di atas anda tentang sebarang kerja yang boleh anda tolong.

Jadilah pekerja yang ringan tulang. Kalau takde kerja, boleh tolong kemas meja, tolong susun fail, tolong kemas rak dan sebagainya. Jadikan diri anda seorang yang bermanfaat untuk syarikat.

Bila dah diberi kerja hatta mengemas fail sekalipun maka lakukanlah dengan penuh ikhlas dan berikan hasil yang paling baik.

Ikutlah segala peraturan yang syarikat tetapkan. Kalau kena masuk jam 9 pagi maka jangan masuk jam 9.05 pagi. Kalau lepas lunch kena masuk balik jam 2.00 petang jangan masuk 2.05 petang.

Kalau tidak dibenarkan menggunakan media sosial ketika waktu kerja maka janganlah guna. Jadilah seorang yang jujur dan berdedikasi di dalam apa yang diberikan dan diamanahkan kepada anda.

Anggaplah ini adalah “kerja tetap” anda yang mana apa yang anda lalui ini adalah sama seperti yang akan anda lalui nanti bila dah mula bekerja. Buatlah sehabis baik.

InshaAllah, dengan kerja yang ikhlas dan sepenuh hati, pasti ianya dirahmati Allah dan akan ada ganjaran yang besar menanti anda dikemudian hari.

Semoga dipermudahkan untuk anda.

Good luck and all the best.

KHAIRUL ABDULLAH
Bekas Majikan Paling Kool

P/s: Itu adalah jawapan saya kepada seorang pelajar yang bertanyakan tentang “internship” kepada saya pagi tadi.

Share

Blog  / Experience  / Peoples  / Tips  / Workstuff

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved