• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bekas Peniaga Nasi Lemak Bazaar Ramadhan

26/05/2017

“Buat apa kau kemas-kemas dan kutip sampah tu dik.  Kan kita dah bayar sewa tapak ni, nanti diorang datang bersihkanlah” tegur seorang brader penjual murtabak.

“Takpelah bang, ini sampah sisa saya berniaga, biarlah saya sendiri yang kemaskan” balas saya.

Memang saya bayar sewa tapak, namun wajarkah saya biarkan sisa-sisa sampah perniagaan saya berselerak dan mengotorkan kawasan saya cari makan sepanjang bulan puasa?

Sudah tentu tidak wajar.

Ramadan adalah bulan yang mulia, mendidik kita untuk bersabar dan menginsafi diri dan berlumba mencari pahala, bukannya membuat dosa.

Islam agama yang menganjurkan kebersihan.  Antara sifat utama agama Islam adalah “bersih”.  Jadi patutkah saya membiarkan kawasan saya berniaga kotor dan mengharap orang lain membersihkannya?

Sudah tentu tidak wajar.

Jadi sama-samalah kita para peniaga yang mencari rezeki di bulan Ramadan ini mementingkan kebersihan barang jualan dan jugak kawasan perniagaan kita.

Sama-samalah kita bersihkan kembali kawasan usai berniaga.  Sapu kemas dan masukkan sisa ke dalam plastik sampah dan tinggalkan atau longgokkan setempat kalau tiada tong disediakan.

Orang tengok pun seronok bila kawasan kita berniaga bersih dan suci, imej agama pun terjaga.  Brader atau pakcik tukang sapu pun pasti gembira kerana kita telah memudahkan kerja mereka.

“Permudahkanlah kerja orang lain dan nescaya kerja kita akan turut dipermudahkan”

Semoga Ramadan kali ini kita mendapat rezeki yang diberkati dan dilimpahi pahala yang berlipat kali ganda.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua.

Ikhlas dari,

KHAIRUL ABDULLAH
Bekas peniaga nasi lemak di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved