• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Belajar Berdikari

14/08/2018

Pagi tadi emak telefon.

Dengar ada tangis dan esakan di hujung suaranya apabila bertanya khabar anak dan cucu-cucunya.

Emak demam dan batuk yang teruk setelah hampir 2 minggu menemani kami anak-beranak.  Emak rindukan kampung halaman, namun emak kasihankan anak dan cucu-cucunya.

Emak gagahkan diri meneman.

Katanya dia akan tinggal bersama kami selama mungkin.  Abah juga berpesan agar emak tinggal lama dan tidak usah risaukan dirinya di kampung.

Saya menolak awalnya, tidak mengapa saya boleh menjaga kesemua anak-anak saya.  Tidak perlu meneman saya.  Namun emak nekad, tidak sanggup membiarkan kami katanya.

Namun lepas seminggu emak mula demam, batuk-batuk yang kuat sehingga menganggu urusan ibadahnya juga.  Lalu saya menyuruh emak pulang sahaja.

Tidak mengapa, pandailah saya uruskan anak-anak nanti.

Emak akur.

Kini sudah beberapa hari tinggal kami anak-beranak sahaja.  Alhamdulillah, semuanya ok, walaupun tidak “perfect” macam arwah uruskan kami.

Saya lebih suka begini.  Bukannya menolak pertolongan tetapi selagi boleh berdikari saya mahu buat semuanya sendiri.  Saya lebih puas hati.

Saya cuba ikut S.O.P dan standard yang telah ditetapkan arwah isteri di dalam kebersihan, pemakaian dan pemakanan.  Saya cuba yang terbaik.

Di saat begini juga saya membayangkan bagaimana seorang wanita atau ibu boleh mengurus rumahtangga dan menjaga anak sekaligus dengan jayanya.

Mereka sangat multi-tasking, sangat komited boleh selesaikan semua keperluan untuk sebuah keluarga.  Bagi ibu tunggal, lagilah kena respek, dialah cari nafkah dialah uruskan rumahtangga.

Orang perempuan ni sambil memasak dia boleh basuh baju, boleh mop lantai, boleh basuh berak anak, boleh balas Whatsapp, boleh membawang dan macam-macam lagi.

Kalau saya tengah masak, janganlah kena basuh berak, mesti ada yang hangit nanti.  Balas whatsapp ketika memasak pun boleh mengundang kecelakaan juga.

Kaum bapa kebanyakannya begitulah, fokus kepada sesuatu dan sukar multi-tasking.  Kecuali ada yang betul-betul power sahaja yang boleh jadi seperti wanita.  Saya sedang mencuba untuk menjadi power seperti mereka.

Jadi, dengan pengalaman sebagai Bapa Tunggal atau Superdaddy atau Mr. Mama ini, ianya membuatkan saya sedar betapa sukar dan mencabarnya menjadi seorang suri yang menguruskan rumahtangga.

Rehat kurang, tidur tak cukup, otak selalu kena berfikir, kena selalu merancang, kena tahan kerenah anak, kena tahan kerenah suami, kena itu, kena ini dan macam-macam lagi.

Namun mereka tetap komited.

Sesungguhnya wanita adalah makhluk hebat yang sangat istimewa.

Sayangilah dan hargailah mereka.

.

#diarisuperdaddy

Share

Blog  / Parenting  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved