“Encik dan isteri ada anak-anak kecil kan?”
“Yer nurse, ada 3 orang. Yang baby baru 7 bulan.”
“Taknak bawa diorang datang tengok mak dia?”
“Saya belum kuat nurse, tak tahu nak jawab macamana nanti bila anak-anak tanya. Tak tahan nanti tengok kalau anak nangis, biarlah dulu diorang di sekolah.”
Benar, saya tak kuat.
Saya tak sanggup nak tengok anak-anak memeluk dan mencium ibunya yang terbaring kaku dengan wayar dan tiub menyelirat memenuhi tubuh. Biarlah, tak perlu mereka simpan memori perit itu, bisik hati saya.
Biarlah dulu.
Namun beberapa jam kemudian ibu mereka pergi mengadap Ilahi. Pergi buat selama-lamanya.
Saya hubungi pihak sekolah dan meminta mereka hantarkan anak-anak saya ke bilik mayat hospital. Berdebar-debar saya menunggu.
Dada berombak kencang bila melihat kelibat ketiganya didukung masuk. So surreal. Hampir longlai rasanya. Apakah yang harus dikhabarkan kepada si kecil bertiga bila melihat ibunya.
Khaleef tiada reaksi ketika saya menceritakan yang ibunya telah tiada. Sesungguhnya dia belum mengerti ketika itu. Dia hanya mencium dahi ibunya seperti diarahkan dan mengucapkan selamat tinggal.
“Goodbye mommy, I love you” ungkapnya apabila disuruh.
Sunyi.
Begitu juga Khaleel, yang agak keberatan melihat dan mencium ibunya dan berat untuk mengungkapkan sebarang kata.
Tiada reaksi. Sunyi.
Ketika baby Khaleed diberikan kepada saya, dada saya sudah mahu meletup menahan rasa. Airmata mengalir laju bertali arus. Namun saya cuba mengungkap kata. Cuba untuk memberitahu yang ibunya kini sudah tiada.
Saya dekatkan bayi kecil itu kepada ibunya.
“Baaaby, baaby, mommy dah..”
Saya rebah.
Saya tewas.







Comment
Ya Allah, baru hari ini saya tahu Tuan sudah kehilangan isteri, dulu tak miss baca blog ini, suka baca kisah tinggal di luar negara, resepi, lepas tu senyap…rupanya ada dugaan maha hebat, semoga Allah beri kekuatan dan tabah kuat demi anak-anaknya. Al faithah untuk arwah isteri tuan…