• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bencana Alam, Banjir & Grab Bag

30/12/2014

Banjir Kelantan 1

Amat sedih melihat banjir yang melanda Malaysia ketika ini dan dari kejauhan saya hanya mampu berdoa semoga semua mangsa selamat dan dipermudahkan segala urusan bagi mereka yang perlu dibantu dan juga yang ingin membantu.

Bencana alam ini berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini. Pada tahun 2004 kita dikejutkan dengan Tsunami dengan kematian sekitar 230 ribu orang. Pada tahun 2005 pula Taufan Katrina telah melanda pantai tenggara New Orleans Amerika Syarikat yang menyebabkan banjir besar dan meragut sekitar 1,500 nyawa. Banjir besar kemudian melanda Malaysia pada tahu 2006 dengan Johor merupakan antara negeri yang terjejas teruk. Kemudian banjir yang tidak disangka-sangak turut pernah menenggelamkan beberapa kawasan di Shah Alam.

Pada tahun 2013 yang lalu, negara di Eropah juga mengalami banjir besar termasuk Jerman, Swiss, Republik Czech, Serbia, Belarus dan lain-lain lagi yang menyebabkan 25 kematian dan 10 daripadanya adalah di Jerman.

Tahun ini banjir paling besar pernah saya saksikan melanda Kelantan. Sedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa yang terperangkap tanpa makanan dan minuman. Bantuan pula sukar untuk sampai akibat dari terputusnya hubungan jalan, air yang terlalu dalam, arus yang terlalu kuat, cuaca yang sangat buruk dan pelbagai faktor lain.

Kini 21 orang telah kehilangan nyawa dan 10 lagi masih hilang setakat yang dilaporkan oleh Ketua Polis Negara. Kita tidak mahu penambahan kehilangan nyawa di dalam bencana ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak termasuk orang awam yang bertungkus lumus mengembeleng tenaga di dalam mengumpul dan menghantarkan bantuan ke kawasan yang terjejas.

Banyak cerita yang kita dengar dan baca di media sosial tentang kepayahan yang dialami oleh mangsa akibat terputus hubungan komunikasi, kekurangan makanan, minuman, terpisah antara keluarga dan sebagainya. Namun, sekiranya sedikit persediaan awal dibuat ketika sebelum banjir besar melanda, beberapa perkara kecil seperti itu mungkin boleh dikurangkan dengan adanya “Grab Bag”

Apa itu Grab Bag atau beg sambar?

Grab bag atau beg sambar sekiranya diterjemah secara literal di dalam bahasa melayu merupakan beg kecil yang mudah disambar ketika lari menyelamatkan diri daripada sesuatu bencana. Beg ini biasanya berbentuk beg sandang atau backpack di mana di dalamnya terkandung kit asas kelangsungan hidup.

grab-bag

Red Cross "ready to go" preparedness kit

Beg ini boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan apa saja beg kecil atau beg sandang yang mudah dibawa dan di dalamnya diisikan pelbagai benda yang penting untuk kelangsungan hidup sekurang-kurangnya untuk 3 hari. Selain itu butiran atau dokumen pengenalan diri, dokumen perubatan sekiranya ada atau apa saja dokumen penting turut di bungkus bersama di dalam beg ini.

Bagi saya, beg ini adalah perlu disediakan oleh sesiapa sahaja tak kira di mana anda berada, apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada bencana seperti banjir khususnya di negara kita Malaysia. Selain itu bencana lain yang sering berlaku adalah kebakaran. Dengan adanya beg ini, sekurang-kurangnya item-item penting seperti passport, surat beranak, dokumen pengenalan yang lain dapat diselamatkan.

Senarai perkara yang perlu ada.

Antara barangan atau perkara yang perlu ada di dalam grab bag adalah seperti berikut:-

  1. Dokumen pengenalan diri – yang asli ataupun fotokopi seperti kad pengenalan, passport, surat beranak, surat nikah, buku bank, buku asb dan sebagainya.
  2. Senarai hubungan/contact – nombor telefon atau alamat waris terdekat.
  3. Salinan pendua kunci rumah, kereta, motor dll.
  4. Sedikit wang kertas dan juga syiling
  5. Ubat-ubatan seperti panadol, ubat diarrhea, ubat demam
  6. Sepersalinan pakaian luar dan dalam.
  7. Selimut yang nipis dan ringan
  8. Wisel
  9. Set kebersihan diri seperti berus dan ubat gigi, sabun, syampoo, tuala wanita dan tisu kecil.
  10. Topi, jaket atau baju hujan “poncho”
  11. Lampu picit kecil berserta bateri.
  12. Mancis atau lighter
  13. Pisau poket (Pocket Knife)
  14. First aid kit saiz kecil
  15. Wayar pengecas telefon bimbit
  16. Bateri pengecas (Powerbank)
  17. Air mineral 1-3 liter.
  18. Snek – seperti coklat bar atau energy bar
  19. Buku atau quran kecil atau surah yasin
  20. Plastik kosong atau ziplock bag

Semua barangan di atas boleh di pek ke dalam plastik kalis air seperti ziplock dan masukkan ke dalam beg sandang  dan letakkan di tempat yang mudah dicapai.

Beg ini perlu disediakan untuk setiap individu di dalam sesebuah rumah. Untuk anak-anak kecil atau bayi maka tambahlah perkara-perkara lain seperti:-

  1. Susu formula
  2. Lampin dan tisu basah
  3. Makanan bayi
  4. Mangkuk dan sudu plastik
  5. Ubat-ubatan
  6. Thermometer
  7. Mainan bayi yang digemari

Tips penyediaan Grab Bag

  • Seeloknya beg sandang yang berwarna terang agar mudah dilihat.
  • Seeloknya beg yang kalis air sekiranya ada. Jika tidak bungkus semua barangan di dalam plastik atau ziplock.
  • Senarai barangan di atas perlu ada dan barangan lain boleh ditambah sekiranya ada ruang mencukupi.
  • Barangan seperti lampu picit, pisau dan sebagainya tidak perlulah beli yang mahal-mahal.
  • Fotokopi semua salinan dokumen peribadi untuk dimasukkan ke dalam beg.
  • Tandakan atau tuliskan nama di setiap beg bagi memudahkan pengecaman sekiranya beg dari jenis atau warna yang sama.

Apabila berlaku banjir, atau kebakaran atau tanah runtuh atau apa sahaja bencana yang memerlukan anda untuk meninggalkan rumah dengan segera maka sambarlah beg ini sahaja. Beg untuk anak2 kecil diletakkan bersama anda manakala beg anak-anak yang sudah besar haruslah dibawa sendiri oleh mereka.

Dengan adanya beg ini maka setidak-tidaknya, mangsa akan dapat bertahan sehari dua dengan bekalan yang ada sementara menunggu bantuan. Selain itu dengan adanya alatan seperti lampu picit dan wisel maka anda dapat menarik perhatian pasukan penyelamat dengan lebih mudah. Bahan bacaan seperti buku atau Al-Quran maupun surah Yasin akan dapat mengurangkan gugup atau keresahan ketika menunggu bantuan.

Kita tidak tahu bilakah kita akan ditimpa musibah atau bencana. Jadi eloklah kita bersedia.

Di negara Jepun yang sememangnya terdedah kepada gempa bumi dan tsunami, beg sambar ini memang disediakan oleh setiap individu sebagai kit kelangsungan hidup mereka.

Japanese Grab Bag

Bagi mereka yang berada di kawasan yang terdedah kepada bahaya ini saya sarankan eloklah menyediakan beg sambar ini untuk setiap ahli keluarga anda. Semoga dengan adanya ikhtiar atau usaha sebegini maka keselamatan ahli keluarga anda sedikit terjamin.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga musibah banjir ini berakhir dengan segera. Hentikanlah berpolitik serta fitnah memfitnah antara satu sama lain. Inilah masa untuk kita bersatu hati bersatu tenaga bagi membantu mereka yang sengsara.

Adakah musibah ini dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua? ENTAHLAH…I Dont Know.

khairul signature

beg sambargrab bagsurvival kittips banjirtips gempa bumitips menyelamatkan diritips tanah runtuhtips tsunami
Share

Blog  / Guides  / Knowledge  / Lesson

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

9 Comments


Lin Abu Bakar
30/12/2014 at 1:09 am
Login to Reply

Trm kasih atas perkongsian yg sgt2 bermanfaat 🙂



Lin J. Statham
30/12/2014 at 1:09 am
Login to Reply

Trm kasih atas perkongsian yg sgt2 bermanfaat 🙂



Nor Hayati Nawawi Suri
30/12/2014 at 1:11 am
Login to Reply

Dalam banyak banyak ayat "sepatutnya" yang kita cakap sekarang, ini adalah "sepatutnya" yang boleh dibuat sekarang, serta merta



irfa
30/12/2014 at 2:42 am
Login to Reply

tq KA kerana berkongsi info yg bagus
sejak banjir ni, sy pun dah sediakan 1 beg letak tpt tinggi utk dokumen penting
bencana alam benda tak dijangka



Eza
30/12/2014 at 4:43 am
Login to Reply

Alhamdulillah..terima kasih KA di atas perkongsian yang diberikan..tak pernah saya terfikir untuk membuat persediaan sebegini..terlampau selesa hingga alpa…huhuhu..insyallah akan disediakan untuk keluarga..malang tidak berbau kan.



mulan
30/12/2014 at 4:43 am
Login to Reply

Tqs for sharing..!! Rabbi yassir walaa tu’assir… Moga Allah lindungi semua..



Ismail
03/01/2015 at 1:03 pm
Login to Reply

Kadang kala kita mudah selesa..ramai penduduk di kuala krai dan gua musang x menjangka banjir dahsyat sebegini..ramai yg tinggal sehelai sepinggang..moga kita semua diberi kemudahan untuk membantu saudara mara kita..



Aida Doterali
09/01/2015 at 5:37 pm
Login to Reply

Tq sir for sharing. I will share this article in my blog.



Ibu Pernida
02/02/2015 at 3:48 am
Login to Reply

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 9273 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.

dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..

Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))

atau klik langsung di <a href="http://prediksitogel747.blogspot.com/">KLIK DSINI BOCORAN TOGEL</a>

angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved