• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bercerita Tentang Anak-Anak Untuknya

28/02/2019

Pagi tadi lepas hantar anak-anak saya ke pusara isteri.

Lebih dari 2 minggu saya tak bertandang.  Singgah sekejap untuk melepas rindu dan meluah rasa.  Selain berdoa, bercerita juga saya tentang semuanya.  Apa yang terjadi, apa yang dirasa, apa yang dirindu dan seluruhnya.

Bercerita juga tentang anak-anak untuknya.

Anak sulungnya Khaleef sudah besar dan pandai orangya.  Sudah petah berbicara dengan sesiapa sahaja.  Sudah boleh kembali ke rutin asalnya.  Sudah boleh terima hakikat yang ibunya sudah tiada selamanya.  Jumpa di syurga nanti, katanya.

Anak keduanya Khaleel juga bijak berkata-kata, di dalam dua bahasa.  Cuma dia lebih pemalu dan hanya terbuka dengan orang tertentu sahaja.  Namun dia sangat baik, menjaga abang dan adiknya.  Ibunya pasti bahagia melihatnya.

Anak bongsunya Khaleed pula lasak ya Rabbi.  Di antara bertiga, dialah paling cheeky. Abang-abangnya akan sentiasa disakat, dipeluk dan juga diciumnya.  Tangis, gelak dan tawanya sangat membahagia.

Bercerita juga tentang rancangan masa depan kami sekeluarga.  Semoga semuanya akan membawa bahagia buat kami berempat dan mungkin akan jadi berlima.

Sesungguhnya doa sentiasa dipanjatkan untuknya, agar diampunkan semuanya, agar dipermudahkan segalanya, agar dikurniakan syurga buatnya.

Semoga kami semua akan berjumpa kembali di sana.

Aminn.

Share

Blog  / Nostalgia  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved