• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bertolak ansurlah, Bertenanglah

21/03/2020

Tuan dan puan sekalian,

Saya dan team seramai 9 orang “too overwhelmed” dengan permohonan yang kami terima. Kami faham, di waktu yang terdesak ini semua nak bantuan diterima dengan cepat.

Maafkanlah kami.

Setiap dari kami menerima beribu permohonan.  Bayangkan kami perlu memproses sekitar 5-6 ribu permohonan dengan masa yang singkat.  Kami perlu menjaga amanah juga, kami perlu selidik juga setiap permohonan.

Usahlah menelefon dan memarahi kami kerana lambat.  Kami dimarah sebab lambat jawab telefon, lambat jawab whatsapp, lambat bagi duit, begitu dan begini.

Dari pagi kami masih belum berhenti.

Makan dan rehat kami tolak ketepi bagi memastikan tuan puan dapat menerima bantuan, dapat mengenyangkan anak di rumah, padahal kami sendiri kelaparan.

Kami buat semua ini atas dasar kasih sayang kami pada semua, tak kira agama dan bangsa.  Semua kami bantu.  Kami buat semua ini dengan percuma, dengan kudrat yang dikurnia pada kami semua.

Bertolak ansurlah, bertenanglah.

Kami cuba bantu sedaya mungkin.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
#InfakSusuBayi
#SusuUntukSemua

Share

Blog  / Foods  / Peoples  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved