• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Black Out dan Tidur Dalam Kereta

05/07/2016

Tengah syok makan durian tiba-tiba semuanya gelap gelita. Mulalah terdengar tangisan dan jeritan budak-budak gegak gempita.

Lalu.

Ibu bapa mula bertempiaran menyelamatkan anak mereka yang ketakutan akibat ketiadaan bekalan elektrik secara tiba-tiba.

Bila.

Semuanya tenang dan si nenek sibuk menyalakan lilin untuk diedarkan ke seluruh pelusuk dan bahang kepanasan malam tanpa angin sepoi-sepoi mula terasa menyucuk.

Dan.

Peluh mula merimaskan badan. Anak kecil yang sedang tidur mula tidak keruan. Mak bapak yang sedang mengipas juga makin dah hilang senyuman.

Maka.

Di malam akhir Ramadhan ini, berpusu-pusulah anak-beranak dan cucu-cicit keluar ke laman. Enjin kereta mula menderu mengeluarkan tenaga bagi menghidupkan penghawa dingin yang sangat nyaman.

Jadi.

Sementara menunggu bekalan pulih kembali, duduklah kami di dalam kereta dan berharap yang ada cahaya yang akan muncul sekejap lagi.

Namun.

Hampir 2 jam lebih menunggu, harapan sekadar hanya harapan. Anak-anak dah nyenyak tidur di belakang tetapi mak bapaknya masih tidak keruan.

Kerana.

Tidur di dalam kereta adalah pilihan yang ingin sekali dielakkan. Sangat tak sedap dan sakit badan. Kalau ada yang melepas, baunya sunggulah tidak tertahan.

Sekian.

Cerita di malam hari yang tak ada karan.

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved