• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Blog Baru, Rumah Baru, Tahun Baru

12/12/2011

new blog

Sudah lama saya tidak menulis. Seingat saya, artikel terakhir ditulis pada minggu akhir November yang lalu. Setelah itu saya sibuk dengan kerja dan urusan perpindahan rumah. Setelah berpindah ke rumah baru, saya terpaksa menahan gejolak rasa utuk menulis kerana tiada sambungan internet. Tidak seperti di Malaysia yang hanya mengambil masa 3 -7 hari untuk mendapatkan sambungan internet (berdasarkan pengalaman saya), di sini ianya mengambil masa hampir sebulan juga untuk saya. Setelah 2 kali temujanji yang gagal dan 28 hari kemudian, barulah berjaya.

Banyak perkara yang hendak diceritakan, tetapi akan saya cuba tulis di artikel lain selepas ini kerana ini saya hanya ingin berkongsi beberapa perkara secara ringkas.

1. Saya berpindah ke apartment baru pada 1 Disember 2011. Lebih dekat dengan pusat bandar iaitu kira-kira 5 minit berjalan kaki ataupun sejauh Cineleasure ke Ikea di Mutiara Damansara.

2. Berjaya mendapatkan sambungan internet pada 28hb Disember yang lalu. Berkelajuan 16mbps dengan harga 29.00 Euro sebulan.

3. Hosting server yang menempatkan laman web syarikat saya, pelanggan dan juga blog saya telah “crashed” pada 28hb Disember juga dan semua laman web tersebut telah “terkorban” bersama blog saya.

4. Akibat tiada “backup” semua laman web tersebut terpaksa dibina semula dan ini akan mengambil masa saya di sepanjang musim cuti krismas ini.

5. Artikel saya berjaya diselamatkan sehingga 17 Jun 2011 yang lalu iaitu kira-kira 3 minggu sebelum saya berangkat ke Jerman.

6. Semua artikel yang ditulis ketika saya di sini telah hilang.

Jadi, sempena tahun baru yang bakal menjelma tak lama lagi, saya akan cuba lupakan semua artikel-artikel yang telah hilang dan akan saya gantikan dengan yang baru. Sesuai dengan rumah baru..tahun baru..blog baru di negara baru.

blog barurumah barusaya berpindah lagitahun baru
Share

Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

4 Comments


jahja khalijah
13/12/2011 at 2:01 am
Login to Reply

2 lah….dah lama x baca tulisan u melalui blok u…terasa-rasa nak tahu mcmnana kehidupan baru di German…………



admin
13/12/2011 at 10:11 am
Login to Reply

Saya pun dah lama tak menulis. Insyaallah saya akan ceritakan nanti tentang kehidupan di sini.



June Shukor
23/12/2011 at 3:19 am
Login to Reply

beb, crash ke sume? haih. abih la gambo2 aku pun sama ilang apa? hehe..

anyway happy to see that u r back to blogging world. windu weh nak baca update hang.



    admin
    23/12/2011 at 2:51 pm
    Login to Reply

    Yang crash tu web-hosting server..work server and home server aku ok jer. Gambar ko semua ada lagi. Dont worry 🙂

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved